fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bergerak Tinggi Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, dipacu oleh minat belian berterusan selepas FTSE Russell mengambil keputusan untuk mengekalkan Malaysia di dalam senarai pemerhatiannya.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.1 mata atau 0.54 peratus kepada 1,508.9 daripada 1,500.8 ketika ditutup pada Khamis.

Ia berlegar antara 1,505.05 dan 1,516.0 sepanjang sesi pagi selepas dibuka 7.15 mata pada 1,507.95.

Untuk pergerakan pasaran secara meluas, saham untung mengatasi rugi 466 berbalas 376 manakala 451 kaunter tidak berubah, 788 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.20 bilion saham bernilai RM2.34 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM7.11, Top Glove melonjak 12 sen kepada RM8.67, TNB menambah lapan sen kepada RM10.90, Public Bank mengukuh dua sen kepada RM15.54 dan Hartalega lebih tinggi sebanyak RM1 kepada RM16.90.

Sime Darby Plantation tidak berubah pada RM5.05, IHH Healthcare turun dua sen kepada RM5.23 dan MISC lebih rendah sebanyak lapan sen kepada RM7.37.

Saham paling cergas pula, Advance Synergy naik 2.0 sen kepada 19 sen, Sapura Energy dan Pegasus Heights masing-masing tidak berubah pada 11 sen dan 2.5 sen, sementara MTouche berkurangan setengah sen kepada enam sen dan Kanger International turun satu sen kepada 22.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 57.93 mata kepada 10,827.43 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 95.15 mata kepada 12,925.17.

Indeks FBM 70 menambah 73.92 mata kepada 13,991.94, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 56.97 mata kepada 10,656.06 dan FBM ACE menyusut 120.32 mata kepada 10,113.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.90 mata kepada 12.352.34, Indeks Perladangan turun 24.18 mata kepada 7.047.57 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri lebih rendah 0.99 mata kepada 133.19.

– BERNAMA

Share964ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In