• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Airasia Rancang Kumpul Modal Untuk Inisiatif Digital

in Catalyst
A A
Airasia Rancang Kumpul Modal Untuk Inisiatif Digital

Sumber Gambar : Kosmo

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — AirAsia Group merancang untuk mengumpul modal bagi membiayai cabang inisiatif digitalnya, AirAsia Digital, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah modal tersebut namun berkata angka itu tidak perlu besar untuk menjayakan keseluruhan usaha digital berkenaan.

“Ia boleh jadi dalam bentuk hutang boleh tukar atau ekuiti. Kami membangunkan kesemua ini (inisiatif digital AirAsia) menggunakan modal kami sendiri setakat ini, seperti kami membangunkan AirAsia,” katanya pada taklimat media mengenai AirAsia Digital di sini, hari ini.

AirAsia Digital sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Ventures yang dilancarkan pada 2018.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun dan Presiden AirAsia Digital, Aireen Omar.

Fernandes berkata syarikat penerbangan itu telah memperoleh sejumlah modal hutang yang akan memberi manfaat kepada cabang logistiknya, Teleport, dan perniagaan makanan dan minuman, Santan.

Sementara itu, Kamarudin berkata kepelbagaian perniagaan ke dalam platform perjalanan dan gaya hidup digital semua dalam satu membolehkan AirAsia mengurangkan kesan penyusutan keuntungan berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata pengimbangan perolehan yang baik hasil inisiatif digital berbanding kemerosotan keuntungan hanya bagi jangka pendek namun cukup untuk kelangsungan syarikat.

“Saya berpandangan tiada apa pun yang dapat mengimbangi penyusutan itu. Apabila pasaran dibuka semula, industri penerbangan akan kembali seperti hari-hari biasa dan perniagaan digital akan dikembangkan.

“Ini akan menjadi satu lagi perniagaan teras…ia mampu menjadi sebesar perniagaan penerbangan,” katanya.

Dalam pada itu, Fernandes berkata AirAsia merancang untuk melancarkan laluan baharu Kuching-Langkawi dan satu laluan domestik di Thailand.

Beliau berkata pihaknya juga akan memperluas kedai Santan ke Manila menjelang suku akan datang selain di New York, United Kingdom dan China tahun depan.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In