fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Mr DIY Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Enam Bank

in Berita
A A
Mr DIY Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Enam Bank

Sumber Gambar : DIYinternational

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — MR D.I.Y Group (M) Bhd, yang akan disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, memeterai perjanjian taja jamin dengan enam bank sebagai Penaja Jamin Pengurusan Bersama dan Penaja Jamin Bersamanya.

Katanya CIMB Investment Bank (CIMB IB), Maybank Investment Bank (Maybank IB), RHB Investment Bank (RHB IB) akan menjadi Penaja Jamin Pengurusan Bersama dan Penaja Jamin Bersama manakala Amnvestment Bank (AmInvestment), Hong Leong Investment Bank (Hong Leong IB) dan Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) sebagai Penaja Jamin Bersama untuk tawaran awam permulaannya (IPO).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong berkata langkah ini merupakan satu pencapaian untuk syarikat, menjadikannya hampir sebagai syarikat senaraian awam.

“Walaupun pasaran terjejas oleh pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan ini, kami telah bertahan sebagai sebuah kumpulan dan gembira mempunyai peluang ini untuk memulakan fasa pertumbuhan kami yang akan datang.

“Memanfaatkan pasaran modal akan membantu kami mempercepatkan pelan pertumbuhan kami, berikutan kami terus meningkatkan rangkaian kedai kami untuk memanfaatkan sektor runcit pembaikan rumah dengan kadar penembusan yang belum mencukupi di Malaysia. Ini akan mengukuhkan kedudukan MR. D.I.Y. sebagai peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia,” katanya.

Penawaran IPO MR. D.I.Y. terdiri daripada 974.49 juta saham biasa baharu dan sedia ada.

Ini termasuk penawaran institusi sebanyak 779.96 juta, terdiri daripada 470.75 juta saham IPO kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta 309.21 juta saham kepada pelabur institusi dan terpilih Malaysia, pelabur institusi asing dan terpilih di luar AS dan pembeli institusi yang layak di AS, katanya.

Syarikat itu berkata ia turut memperuntukkan 161.53 juta saham IPO kepada peruncitan, terdiri daripada 36 juta saham kepada pengarah, pekerja dan mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan MR. D.I.Y., serta 125.53 juta lagi kepada rakyat Malaysia.

Kumpulan itu berkata sejak penubuhan kedai pertamanya pada 2005, MR. D.I.Y. telah berkembang menjadi peruncit pembaikan rumah yang terbesar di Malaysia dengan anggaran bahagian pasaran sebanyak 29.1 peratus pada 2019 berdasarkan pendapatannya untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

Sehingga 6 Sept, katanya kumpulan mempunyai 640 kedai yang beroperasi di seluruh Malaysia dan empat kedai di Brunei di bawah jenama “MR. D.I.Y.”, dengan 28 kedai lagi di Semenanjung Malaysia di bawah jenama “MR. TOY”.

Katanya moto MR. D.I.Y. “Always Low Prices” mewakili rangkaian produknya yang berkualiti dan komprehensif pada harga yang kompetitif, dengan kira-kira 16,600 unit simpanan stok (SKU) setiap kedai, sehingga 30 Jun, 2020.

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In