• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Indeks Komposit Bursa Malaysia Meningkat 4.99 Mata

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini, dipacu oleh minat belian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi terpilih dengan didahului pembuat sarung tangan berkaitan indeks.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran kekal rendah dalam keadaan sentimen lemah dan sejajar dengan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.99 mata atau 0.33 peratus kepada 1,501.47 daripada 1,496.48 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.76 mata lebih rendah pada 1,494.72 sebelum bergerak di antara 1,492,98 dengan 1,502.44 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 373 manakala 385 kaunter tidak berubah, 784 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.11 bilion saham bernilai RM2.21 bilion.

Menurut penyelidikan oleh CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, ketidakstabilan politik tempatan yang tercetus semula akan menyebabkan ketidaktentuan ketara dalam pasaran dengan risiko penurunan.

“Ini boleh menyebabkan penjualan asing ekoran kebimbangan berhubung ringgit yang lebih lemah, dan pelabur tempatan mengurangkan pendedahan mereka dalam pasaran ekuiti kerana bimbang terhadap risiko keuntungan.

“Kami yakin sektor yang kurang terjejas  berikutan ketidaktentuan ini adalah industri berorientasikan eksport seperti sarung tangan, minyak dan gas serta perkhidmatan pembuatan elektronik, manakala sektor yang paling terkesan dengan dasar domestik adalah bank, pembinaan, hartanah,” menurutnya menerusi nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka diimbangi sebahagiannya oleh pengumuman pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) RM10 bilion yang dibuat kerajaan semalam.

Setakat pukul 12 tengah hari, ringgit berada pada 4.1610/1660 berbanding dolar AS.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove meningkat 43 sen kepada RM8.45, Hartalega melonjak 98 sen kepada RM15.48, Sime Darby naik dua sen kepada RM2.31 manakala IHH Healthcare dan Genting Bhd masing-masing menambah satu sen kepada RM5.27 dan RM3.31.

Bagi saham aktif, Metronic Global dan Permaju masing-masing naik setengah sen kepada 8.5 sen dan 20.5 sen manakala Lambo dan Parkson masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 13.5 sen.

Advance Synergy pula turun tiga sen kepada 16 sen, MNC Wireless susut setengah sen kepada 4.5 sen dan Kanger International kurang 1.5 sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 27.33 mata kepada 10,761.32 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 72.12 mata kepada 12,802.34.

FBM 70 naik 10.77 mata kepada 13,857.69, Indeks FBMT 100 menambah 28.46 mata kepada 10,591.1 dan FBM ACE turun 29.9 mata kepada 10,339.01.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 63.53 mata kepada 12,383.61, Indeks Perladangan kurang 42.46 mata kepada 7,044.79 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menguncup 0.94 mata kepada 132.6.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In