• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Fbm Klci Naik 0.29 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh pemulihan yang berlanjutan dalam saham sarung tangan walaupun keseluruhan pasaran lemah seiring dengan prestasi bursa serantau. 

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.32 mata atau 0.29 peratus kepada 1,500.8 daripada paras penutup 1,496.48 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 1.76 mata lebih rendah kepada 1,494.72 dan bergerak antara paras 1,492.98 dan 1,506.6 sepanjang hari dagangan.  

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 578 kepada 451, manakala 428 kaunter tidak berubah, 632 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 5.90 bilion saham bernilai RM4.56 bilion daripada 8.45 bilion saham bernilai RM4.32 bilion pada Rabu.

Pemulihan dalam saham sarung tangan membantu mengimbangi kerugian di pasaran, yang secara keseluruhannya negatif kerana pasaran global terus merosot kerana kebimbangan meningkat terhadap gelombang kedua penularan COVID-19 dan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat yang terhenti.

Indeks berkaitan pengeluar sarung tangan, Top Glover naik 53 sen kepada RM8.55, Hartalega melonjak RM1.40 kepada RM15.90, Supermax meningkat 58 sen kepada RM8.41 manakala Kossan Rubber bertambah RM1.10 kepada RM13.

Saham wajaran tinggi, Sime Darby Plantation dan Hong Leong Bank tidak berubah masing-masing pada RM5.05 dan RM14.90, manakala Maybank dan TNB masing-masing berkurangan lapan sen kepada RM7.09 and RM10.82, Public Bank merosot 12 sen kepada RM15.52 dan IHH Healthcare jatuh satu sen kepada RM5.25. 

Bagi saham aktif, Metronic naik 0.5 sen kepada 8.5 sen, HLT Global meningkat 14 sen kepada RM1.67, VSolar tidak berubah pada empat sen, Advance Synergy susut dua sen kepada 17 sen, MNC Wireless berkurangan 0.5 sen kepada 4.5 sen dan Kanger International merosot 2.5 sen kepada 23.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 35.51 mata kepada 10,769.5 dan Indeks FBM Emas Syariah bertambah 99.8 mata kepada 12,830.02.

FBM 70 naik 71.1 mata kepada 13,918.02 Indeks FBMT 100 melonjak 36.45 mata kepada 10,562.64 dan FBM ACE merosot 417.59 mata kepada 10,368.91. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 111.70 mata kepada 12,335.44, Indeks Perladangan turun 15.5 mata kepada 7,071.75 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.34 mata kepada 132.2.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 2.88 bilion saham bernilai RM3.18 bilion daripada 4.62 bilion saham bernilai RM3.09 bilion pada Rabu.

Waran melonjak kepada 769.05 juta unit bernilai RM226.25 juta berbanding 637.77 juta unit bernilai RM162.20 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.25 bilion saham bernilai RM1.15 bilion daripada 3.19 bilion saham bernilai RM1.07 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 852.04 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (818.47 bilion), pembinaan (183.95 juta), teknologi (157.62 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.02 juta), hartanah (176.81 juta), perladangan (104.56 juta), REIT (6.08 juta), dana tertutup (37,300), tenaga (254.48 juta), penjagaan kesihatan (194.82 juta), telekomunikasi dan media (34.22 juta), pengangkutan dan logistik (30.34 juta) serta utiliti (19.65 juta).

— BERNAMA 

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In