• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pengguna Baharu Unifi Meningkat Pada Purata 15-20 Peratus

in Catalyst
A A
TM Berkerjasama Dengan Institusi Kewangan Untuk Memacu Prestasi Vendor

Sumber Gambar : Website TM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Unifi mencatat peningkatan pengguna baharunya pada kadar purata sebanyak 15-20 peratus.

Ketua segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) unifi, Azmi Abdullah berkata permintaan tersebut  meningkat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang didorong oleh langkah perniagaan yang mula menggunakan teknologi pendigitalan.

“Pada masa ini kami mempunyai 1.3 juta pengguna unifi TV manakala lebih daripada 400,000 adalah pelanggan PKS,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Ketika ditanya adakah unifi akan menawarkan penyusunan semula bagi pembayaran lewat untuk pengguna yang menghadapi masalah membayar bil internet dalam tempoh PKP Pemulihan, beliau berkata ia akan disediakan berdasarkan kes demi kes.

“Setakat ini, hanya sebilangan kecil PKS telah memohon penstrukturan semula pembayaran dan kami telah berusaha membantu mereka,” katanya.

Bagi peralihan Streamyx sedia ada kepada unifi, Azmi berkata syarikat itu komited untuk mendorong pengguna Streamyx beralih kepada unifi.

Selain itu, unifi akan turut menawarkan ‘cari@unifi’ iaitu platform penyenaraian perniagaan percuma yang akan disiarkan di unifi TV.

“Ini adalah tambahan kepada ‘unifi business club’ kami yang menyediakan sokongan premium ‘unifi riders’ (khidmat bantuan teknikal) untuk mengurangkan sebarang masalah disebabkan penyambungan,” katanya.

Sementara itu, pemilik unifi, Telekom Malaysia berkata maklumat kelajuan Internet untuk pakej unifi 500Mbps yang dikeluarkan pada portalnya adalah silap dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kami telah menghubungi pelanggan kami dan menjelaskan mengenainya dan membetulkan kesilapan itu. Tidak ada perubahan pada konfigurasi kelajuan muat naik,” kata Naib Presiden dan Ketua Pemasaran unifi, Lai Shu Wei.

Sebelum ini, unifi didakwa telah mengurangkan kelajuan muat naik salah satu pakej internet tanpa memberitahu pelanggan yang kemudiannya disusuli siasatan oleh pihak MCMC.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In