• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pasukhas Eksport Pasir Sungai Ke China, Hong Kong

in Catalyst
A A
Pasukhas Eksport Pasir Sungai Ke China, Hong Kong

Sumber Gambar : Website Pasukhas

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Pasukhas Group Bhd merancang untuk mengeksport pasir sungai ke China dan Hong Kong susulan pemeteraian perjanjian dengan BB Energy Sdn Bhd serta Pengurusan Pasir Pahang Bhd (PPPB).

Menurut syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu, BB Energy telah memberikan anak syarikat milik penuhnya, Pasukhas Products Sdn Bhd, hak eksklusif bagi mengakses, mengekstrak, mengorek, menjual dan mengedarkan pasir sungai untuk dieksport.

Semasa Jun lepas, BB Energy memperoleh lesen konsesi/pekerjaan sementara daripada PPPB di Sungai Miang di Pekan, Pahang, untuk mengekstrak, mengorek, menjual dan mengedarkan pasir sungai bagi tujuan eksport. 

“Tempoh kontrak (untuk Pasukhas) adalah selama 12 bulan dengan opsyen lanjutan selama 12 bulan lagi, melibatkan pengeluaran bulanan sekurang-kurangnya 200,000 sentimeter padu,” kata Pasukhas dalam satu kenyataan hari ini.

 Pengarah eksekutifnya, Mak Siew Wai berkata operasi perlombongan pasir itu dijangka bermula menjelang Mac 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan musim tengkujuh yang berterusan di Pantai Timur mulai November hingga Februari.

“Syarikat itu dijangka membekalkan sekurang-kurangnya 2.5 juta sentimeter padu pasir sungai setahun kepada bakal pembeli dari China dan Hong Kong yang akan dikenal pasti kelak. 

“Pasir sungai merupakan bahan pembinaan yang digunakan secara meluas dan kini mendapat permintaan tinggi berikutan kerja-kerja pembinaan serta penambakan yang pesat di China dan Hong Kong,” katanya.

Operasi perlombongan pasir yang dibuat secara betul akan membantu mendalamkan sungai dan mengurangkan banjir yang berpuca daripada air pasang dan hujan monsun di Pekan, Pahang. 

“Di bawah perjanjian itu, PPPB telah mengenakan kawalan ketat bagi membendung sebarang perlombongan berlebihan yang mungkin akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar serta mata pencarian penduduk. Perlindungan ini turut akan ditampung di bawah Tabung Pemulihan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat,” katanya.

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In