• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Beli Tanah Bernilai RM150 Juta Untuk Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui

in Catalyst
A A
Malakoff Beli Tanah Bernilai RM150 Juta Untuk Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui

Sumber Gambar : Website Malakoff

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Malakoff Corporation Bhd (MCB) dalam proses membeli tanah seluas 71.44 hektar (176.5 ekar) di Mukim Pulau Sebang, Melaka bernilai RM150 juta bagi pembangunan loji tenaga boleh diperbaharui pada masa depan, tidak terhad kepada solar skala besar, loji sisa kepada tenaga, biojisim dan tenaga biogas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya pada masa ini, tanah itu ditanam dengan pokok kelapa sawit matang berumur antara 13 dan 39 tahun.

“Sejak tiga tahun ini, tanah tersebut telah mengeluarkan lebih 710 tan metrik tandan buah kelapa sawit. Akses ke tapak itu secara amnya melalui jalan laterit dan batu kerikil, serta sempadan tapak tidak ditandakan dengan sebarang bentuk pagar,” katanya.

Katanya MCB, melalui pengambilalihan Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) pada Disember 2019, turut merancang untuk memperluaskan operasi pengurusan sisanya di peringkat tempatan dengan menceburi loji sisa kepada tenaga, biogas dan tenaga biojisim.

“MCB telah maju dalam industri pengurusan sisa dengan pengambilalihan AFSB, serta dengan visi dan sasaran Malaysia untuk menggunakan semula sisa sebagai sumber bahan api yang berpotensi, MCB berhasrat untuk menjadi pemaju tenaga boleh diperbaharui yang utama di Malaysia dengan projek-projek utama dilaksanakan,” katanya.

Katanya tanah itu dapat diakses dengan mudah dari Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang membolehkan pembangunan utama dapat dilakukan, termasuk, jika perlu, penghantaran peralatan utama.

Katanya aspek paling penting daripada pembelian tanah itu ialah terdapatnya ‘injection point’, berdasarkan lokasinya, terdapat dua kemungkinan pilihan untuk mengakses tanah itu iaitu melalui aturan ‘loop in loop out’ dengan memanfaatkan talian penghantaran 132kV di tapak atau melalui sambungan terus kepada  pencawang yang berdekatan.

“Kedua-dua ‘injection point’ merupakan pilihan sambungan yang berdaya maju untuk pembangunan projek pada masa depan. Dengan penambahan tanah yang memerlukan perbelanjaan modal yang rendah untuk pembersihan tanah dan terletak berhampiran dua ‘injection point’ dan lebuh raya utama, MCB akan berada pada kedudukan yang baik untuk pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui pada masa depan,” katanya.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In