fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada pagi ini, didorong oleh minat belian sederhana yang merentasi pasaran.

Pada 9.20 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.60 mata atau 0.11 peratus kepada 1,507.38 daripada 1,505.78 sewaktu ditutup pada Selasa. 

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu meningkat sedikit sebanyak 1.51 mata kepada 1,507.29. 

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 283 berbanding 170 manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,315 tidak diniagakan dan 29 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 820.14 juta unit bernilai RM351.69 juta.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menyifatkan peningkatan ketara dalam masa terdekat itu bagaimanapun akan dikekang oleh ketiadaan pemangkin baharu, sekali gus turut menjauhkan pelabur.

Selain itu, saham-saham berharga rendah dijangka menjadi tumpuan berikutan minat pelabur yang mahu mendapatkan keuntungan segera.

“Walaupun pasaran menyaksikan peningkatan semula semalam yang didorong oleh aktiviti mencari saham berharga rendah, prospek jangka terdekat sebaliknya berbeza berikutan ketidaktentuan yang terus wujud,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM7.21, TNB naik empat sen kepada RM11.06, Hartalega meningkat 12 sen kepada RM14.18 manakala Top Glove, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing sebaliknya tidak berubah pada RM8.03, RM5.31 dan RM5 .04, Public Bank turun empat sen kepada RM15.82, dan Petronas Chemicals rugi dua sen kepada RM5.60.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden dan Solution Group masing-masing naik setengah sen kepada 78 sen dan 69.5 sen, XOX untung satu sen kepada 19.5 sen, Ikhmas Jaya menokok dua sen kepada 20.5 sen, JCY International menambah 4.5 sen kepada 71.5 sen, Kanger International susut satu sen kepada 30 sen manakala Pasukhas susut 1.5 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 18.86 mata kepada 10,828.98 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 26.8 mata kepada 12,831.21.

FBM 70 pula menambah 49.14 mata kepada 14,000.59, Indeks FBMT 100 meraih 18.36 mata kepada 10,650.18 dan FBM ACE naik 15.98 mata kepada 10,802.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.79 mata kepada 12.564.41, Indeks Perladangan naik 7.43 mata kepada 7.130.1 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.28 mata kepada 135.75.

— BERNAMA 

Share206ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In