• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Widad Group Jalin Kerjasama Untuk Tawar Penyelesaian Kualiti Udara Dalaman

in Catalyst
A A
Widad Group Jalin Kerjasama Untuk Tawar Penyelesaian Kualiti Udara Dalaman

Sumber Gambar : Website Widad

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Widad Group Bhd, yang giat dalam aktiviti pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu, menjalinkan kerjasama bagi menyediakan penyelesaian kualiti udara dalaman untuk pencegahan dan kawalan penyakit melalui udara.

Ia memeterai perjanjian kerjasama hari ini dengan unit IAQ International Sdn Bhd, IAQ Solutions Sdn Bhd (ISSB), yang secara asasnya menjalankan aktiviti mencipta, membekalkan dan memasang produk dan peralatan bilik bersih.

Pengarah Urusan Kumpulan Widad, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar berkata penekanan terhadap kualiti udara dalaman semakin meningkat berikutan pandemik COVID-19.

“Syarikat ini telah mengenal pasti kualiti udara dalaman akan menjadi komponen penting dalam pengurusan kemudahan susulan pandemik ini.”

“Menerusi kerjasama dengan ISSB untuk menyediakan sistem pengalihan udara dan penapisan, kami boleh membantu kemudahan seperti hospital, pejabat, ruang runcit dan sekolah dalam mengurangkan penularan penyakit dengan meminimumkan jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan jalinan itu, penawaran pengurusan kemudahan menyeluruh dan sehenti Widad dijangka menjadi lebih komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa, 

“Peningkatan tawaran pengurusan kemudahan Widad juga dijangka menambah aliran pendapatan dan jumlah pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah ISSB, Tiew Soon Aik berkata pihaknya memiliki teknologi untuk menapis patogen dan bendasing daripada udara.

“Contohnya, penapis udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA) terbukti berkesan memerangkap titisan kecil respiratori yang mengandungi partikel virus influenza atau COVID-19 selagi ia dilaksanakan dengan betul.

“Syarikat ini gembira atas jalinan dan bersedia menggunakan kepakaran kami dalam kerjasama ini,” katanya.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In