Melabur di saham tempatan ataupun luar negara tidak sama konsepnya. Dari segi waktu juga, ia sedikit berbeza. Waktu dagangan pasaran saham global juga boleh dikaitkan dengan Market Sentiment.
Tahukah anda, market sentiment bermaksud psikologi para pelabur dan pedagang yang yang akan mempengaruhi keputusan mereka dalam melaksanakan strategi pada hari seterusnya? Terdapat waktu-waktu yang tertentu untuk anda melihat market sentimen ini.

Waktu Pasaran Saham Dunia Dibuka
Sekiranya anda melabur dengan pasaran luar negara, penting untuk ambil tahu bilakah masa yang sesuai dan boleh anda trade pada hari tersebut. Untuk pengetahuan anda, pasaran saham dunia akan dibuka selama 24 jam sehari. Namun, pasaran bursa (exchange) akan bergantung kepada waktu bekerja bagi negara tersebut. Setiap saham akan dibuka pada waktu yang berbeza berdasarkan saiz pasaran atau sesebuah negara tersebut.
Oleh itu, berdagang saham di APPLE, VODAFONE, TNB, QANTAS dan lain-lain saham lagi memerlukan waktu pasaran yang tidak sama. Sebagai contoh, anda ingin melabur saham TENCENT, anda perlu menunggu waktu pasaran Hong Kong beroperasi. Begitu juga dengan waktu pasaran bursa Malaysia sekiranya anda ingin membeli saham TNB.
Jom lihat jadual Waktu Pasaran Dagangan Saham Pilihan.

Sumber jadual dari: shukrimahadi
Waktu Dagangan Pasaran Saham Global: Asia
Sama seperti waktu masyarakat Malaysia bekerja, iaitu kira-kira jam 9 pagi sehingga 5 petang, pasaran Asia bermula pada awal pagi lagi. Namun, index bagi negara Korea dan Jepun pula akan bermula sejam lebih awal daripada pasaran Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, pasaran saham bagi Hong Kong, Singapura dan juga China juga akan dibuka dalam anggaran yang sama dengan waktu pasaran saham Malaysia dibuka.
Waktu Dagangan Pasaran Saham Global: USA
Pada waktu jam Malaysia, ia adalah sekitar 9.30 malam / 10.30 malam dimana pasaran saham USA akan dibuka. Pedagang dan pelabur asia akan menanti pada malam hari untuk berdagang di pasaran USA apabila malam menjelma.
Eh, kejap 9.30 malam, kejap 10.30 malam. Mana satu yang betul ni? Di sana ada konsep Daylight Saving Time (DST). Banyak negara guna DST kerana negara 4 musim, tempoh siang malam mereka berubah. Apa yg DST ini akan buat adalah anjak 1 jam ke depan pada musim bunga dan undur 1 jam ke belakang bila musim luruh.
Waktu Dagangan Pasaran Saham Global: Eropah
Pada waktu pasaran saham global dibuka, sentimen pasaran akan menyebabkan pasaran berubah. Jam Malaysia kira-kira 3 hingga 4 petang, pasaran saham global Eropah bermula. Ketika ini jugalah market akan berubah arah selaras dengan pasarannya.
Selain itu, terdapat banyak lagi pasaran global dan waktunya yang boleh anda kenal pasti. Jangan lupa bahawa anda juga perlukan khidmat stock brokerage dari luar negara mengikut negara tersebut.
Saham global memerlukan anda bekerjasama dengan brokerage dan memerlukan anda menggunakan platform yang berlainan. Kemudian, ikutlah waktu dagangan pasaran saham global yang telah kami kongsikan tadi. Semoga bermanfaat.
Rujukan:
https://www.shukrimahadi.com/post/waktu-perdagangan-pasaran-saham-utama-dunia
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




