fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Transaksi Hartanah Susut Pada Separuh Pertama 2020

in Berita
A A
Transaksi Hartanah Susut Pada Separuh Pertama 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) — Prestasi pasaran hartanah, dari segi jumlah transaksi dan nilai transaksi, menurun pada separuh pertama 2020 berbanding tempoh sama pada 2019 sejajar dengan penguncupan prestasi ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata pada separuh pertama 2020, jumlah transaksi berkurangan 28 peratus kepada 115,000 transaksi daripada 160,165 transaksi pada tempoh sama 2019 manakala nilai transaksi susut 32 peratus kepada RM47 bilion daripada RM68.53 bilion.

Subsektor hartanah merangkumi kediaman, komersial, industri, pertanian dan tanah pembangunan menguncup dalam lingkungan 25 hingga 37 peratus pada tempoh yang sama, katanya dalam ucapan pada pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Tahun Pertama 2020 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Othman Semail.

Mohd Shahar berkata subsektor kediaman telah memacu pasaran dengan menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah bilangan transaksi.

“Situasi hartanah kediaman tidak terjual pada separuh pertama tahun ini merekodkan hampir 32,000 unit dengan jumlah nilai RM20 bilion, meningkat kira-kira tiga peratus daripada bilangan pada akhir 2019,” katanya.

Beliau berkata hartanah kediaman di pasaran primer juga terkesan memandangkan bilangan kediaman baharu dilancar yang direkodkan adalah kira-kira 13,000 unit dan prestasi jualan juga rendah iaitu kurang lima peratus.

Justeru, pemaju dan pihak berkuasa perlu memberi perhatian kepada data unit yang tidak terjual ini dalam menentukan projek yang akan dibangunkan di samping memastikan harga jualan rumah yang munasabah bagi kawasan tersebut, katanya.

“Ini bagi memastikan penawaran perumahan adalah selari dengan permintaan dan isu ketidakpadanan dapat diminimumkan,” katanya.

Beliau berkata pelbagai dasar dan inisiatif telah diperkenalkan bagi memastikan harga rumah berada pada paras terkawal.

Mohd Shahar berkata Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) merekodkan mata indeks 198.3 pada suku kedua tahun ini dengan peningkatan tahunan 0.4 peratus berbanding 1.9 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2020.

“Ini dilihat sebagai indikator positif dalam memastikan harga rumah kekal mampan bukan sahaja untuk kepentingan pemilik rumah malah kestabilan institusi kewangan negara,” katanya.

Sementara itu, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menerusi Laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia Separuh Tahun Pertama 2020 berkata walaupun terdapat keyakinan berjaga-jaga terhadap jangkaan pemulihan ekonomi secara beransur dengan pembukaan semula ekonomi, prestasi pasaran hartanah berkemungkinan besar terus bergerak perlahan bagi baki tempoh 2020.

Menurut laporan itu, kadar pemulihan akan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran seperti kestabilan politik, harga minyak mentah dan komoditi dunia selain perkembangan pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Share253ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In