• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

T7 Global Rancang Ambil Alih Keseluruhan Kepentingan T7 Wenmax Dengan Nilai RM39.2 Juta

in Catalyst
A A
T7 Global Rancang Ambil Alih Keseluruhan Kepentingan T7 Wenmax Dengan Nilai RM39.2 Juta

Sumber Gambar : Website T7 Global

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — T7 Global Bhd bercadang untuk mengambil alih keseluruhan saham T7 Wenmax Sdn Bhd dengan harga RM39.2 juta seiring dengan strateginya untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dan daya saing dalam industri minyak dan gas domestik.

Sehubungan itu, anak syarikat milik penuhnya, T7 Gastec Sdn Bhd, hari ini memeterai perjanjian untuk membeli baki 490,000 saham atau 49 peratus kepentingan dalam T7 Wenmax Sdn Bhd daripada Megaxus Resources Sdn Bhd.

Pada masa ini, T7 Wenmax ialah unit kepada T7 Gastec dengan 51 peratus kepentingan.

“Kumpulan berpendapat cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan kumpulan mengawal sepenuhnya operasi perniagaan T7 Wenmax,” kata kumpulan perkhidmatan kejuruteraan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Menurut T7 Global, rancangan itu berpotensi untuk meningkatkan keuntungan bersihnya dan pada masa sama dapat mengembangkan penawaran kumpulan ke seluruh industri minyak dan gas dengan rangkaian produk yang lebih luas.

Sehingga 4 Sept, 2020, T7 Wenmax mempunyai 17 projek aktif dan sedang berjalan dengan anggaran nilai kontrak agregat RM599 juta.

Jumlah perolehan kontraknya setakat ini ialah RM400 juta.

“T7 Wenmax telah menjadi penyumbang pendapatan utama kepada T7 Group sejak tiga tahun kewangan yang lepas sehingga ke tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, “ kata T7 Global.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir yang berakhir  sehingga 31 Dis, 2019, ia telah mencatatkan hasil sebanyak RM63.05 juta, RM64.90 juta dan RM62.77 juta.

T7 Wenmax juga telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM7.90 juta, RM7.27 juta dan RM10.36 juta dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

— BERNAMA

Share274ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In