• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Projek Solar TNB Bukit Selambau Mula Operasi Lebih Awal

in Catalyst
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah berjaya memulakan operasi Projek Solar Berskala Besar (LSS) miliknya di Bukit Selambau, Kedah (LSS Bukit Selambau) pada 8 September lepas, 114 hari lebih awal daripada dijadualkan.

TNB dalam satu kenyataan berkata loji tenaga solar berkapasiti 30 megawatt (MW) itu dilengkapi dengan 134,880 panel fotovoltaik solar dan 14 alat inverter itu pada mulanya dijangka menjalankan operasi pada 31 Disember, 2020.

“Operasi awal LSS Bukit Selambau ini membuktikan komitmen TNB dalam menyediakan tenaga mampan kepada negara dan kemampuannya melaksanakan projek Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) berskala besar.

“Seiring dengan pemerolehan pegangan majoriti dalam Vortex Solar di United Kingdom (UK) baru-baru ini, ia meletakkan TNB sebagai peneraju RE domestik dan menjadikannya antara pemain RE utama di rantau ini dan peringkat antarabangsa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Projek kedua LSS itu meningkatkan dan mengukuhkan kapasiti penjanaan solar berskala besar dalam negara dengan menyumbang 80MWac (123MWp) kepada Grid Nasional.

LSS pertama TNB di Sepang, Selangor (LSS Sepang Solar) berkapasiti 50MW telah memperoleh tarikh operasi komersial pada November 2018

Projek LSS Sepang Solar dan LSS Bukit Selambau masing-masing dianugerahkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) (kini Kementerian Tenaga dan Sumber Asli – KeTSA) melalui Suruhanjaya Tenaga menerusi Program Bidaan Kompetitif LSS 1 dan 2.

Dua loji itu dibangunkan oleh anak syarikat milik penuh TNB, TNB Renewables Sdn Bhd (TRe).

TRe ialah cabang pengurusan aset, operasi dan pelaburan TNB.

Pembinaan LSS Bukit Selambau mengambil masa 21 bulan termasuk hampir dua bulan tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pembinaannya dijalankan mengikut peruntukan oleh kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan, TNB Engineering Corporation Sdn Bhd, satu lagi anak syarikat milik penuh TNB.

— BERNAMA

Share341ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In