• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Leweko Peruntuk Dana Untuk Pembinaan Melalui Pengumpulan Modal

in Catalyst
A A
Leweko Peruntuk Dana Untuk Pembinaan Melalui Pengumpulan Modal

Sumber Gambar : Leweko

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Cadangan terbitan hak Leweko Resources Bhd akan membolehkan syarikat memperuntukkan dana untuk bahagian pembinaannya berikutan pengurusan menjangka aktiviti pembinaan akan meningkat dalam tempoh terdekat.

Syarikat itu berkata cadangan langkah tersebut dijangka meraih sehingga RM16.51 juta berdasarkan harga terbitan indikatif sebanyak sembilan sen setiap saham hak.

“Jika dana yang diperlukan kira-kira RM15.73 juta diraih (selepas ditolak anggaran perbelanjaan sebanyak RM0.78 juta berkaitan dengan cadangan terbitan hak) melalui pinjaman bank sebaliknya…dan berdasarkan purata kadar faedah semasa Leweko sebanyak 6.4 peratus setahun, Leweko akan menanggung kos kewangan tambahan kira-kira RM1.01 juta setahun,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kenyataan terkini mengandungi maklumat tambahan berkaitan cadangan langkah pengumpulan dana yang kali pertama diumumkan pada 8 Sept.

Dalam pengumuman sebelum ini, katanya daripada hasil tersebut, RM7 juta akan diperuntukkan untuk membiayai projek pembinaan sedia ada dan RM6 juta akan digunakan untuk membeli simpanan tanah baharu untuk pembangunan hartanah, antara lainnya.

“Dengan melaksanakan langkah pengumpulan dana itu, pengurusan akan mempunyai fleksibiliti dan kawalan terhadap dana dalaman kumpulan untuk mengembangkan perniagaan pembangunan hartanah dan pembinaannya selain mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman bank konvensional,” katanya.

Syarikat itu mempunyai cadangan terbitan hak boleh lepas sebanyak 183.46 juta saham biasa baharu berdasarkan satu saham hak untuk setiap dua saham Leweko sedia ada, bersama dengan 220.15 juta waran boleh lepas percuma berdasarkan enam waran baharu untuk setiap lima saham hak.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In