• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Eksport Malaysia Raih Manfaat Menerusi Permintaan Import Dari China

in Berita
A A
Eksport Malaysia Raih Manfaat Menerusi Permintaan Import Dari China

Sumber Gambar : Businesstoday

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Eksport Malaysia dijangka meraih manfaat daripada permintaan import China yang lebih baik dan kitaran elektronik, menurut laporan Prospek Ekonomi Global daripada Oxford Economics.

Laporan yang dilakukan oleh Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) berkata pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Ekonomi Malaysia diunjurkan akan merosot sebanyak 6.0 peratus pada tahun 2020, diikuti oleh pertumbuhan 6.6 peratus pada 2021.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara memburukkan lagi keadaan ekonomi pada suku kedua, langkah PKP itu telah memberi kesan positif dalam mencegah penularan COVID-19, ia akan membantu ekonomi kembali kepada kedudukan stabil,” kata laporan tersebut.

PKP Pemulihan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2020, semua sektor telah dibenarkan beroperasi kecuali beberapa perniagaan antaranya pusat hiburan.

“Kemasukan pelancong asing juga disekat. Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.2 peratus kepada ekonomi Malaysia dengan 194 industri terlibat dalam rantaian sektor ini, termasuk eksport perkhidmatan,” katanya.

Menurut laporan itu, COVID-19 telah menjejaskan pertumbuhan pada skala yang besar kepada Asia Tenggara sejak krisis kewangan pada 1997, ia juga menjangkakan bahawa pertumbuhan serantau akan jatuh sebanyak 4.2 peratus pada 2020.

Untuk separuh kedua tahun ini, laporan itu berkata kadar pemulihan akan berbeza-beza di rantau tersebut, ia bergantung kepada kelonggaran sekatan perjalanan dan permintaan eksport yang lebih baik.

Secara keseluruhan, aktiviti serantau semakin pulih dan pertumbuhan dijangka naik kepada 6.4 peratus pada 2021.

Dalam pada itu, Vietnam dijangka menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mencatat pertumbuhan positif tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 2.3 peratus tahun ini, dan 8.0 peratus pada 2021.

Singapura pula diunjurkan menguncup 5.7 peratus dan akan naik semula kepada 6.1 peratus pada 2021, KDNK Indonesia dijangka jatuh kepada 2.7 peratus pada 2020 sebelum mencatatkan kenaikan sebanyak 6.2 peratus tahun depan dan Filipina mencatat penurunan paling banyak, merosot sebanyak 8.2 peratus pada 2020.

Sementara itu, pertumbuhan ekonomi China akan kekal kukuh pada suku kedua pada 2020. 

KDNK Malaysia akan meningkat 2.5 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya melonjak kepada 7.9 peratus pada 2021, disokong oleh permintaan yang tinggi untuk produk elektronik, eksport alat pelindung dan peralatan perubatan sepanjang tempoh pandemik tersebut.

Bagaimanapun, bagi tempoh sederhana, ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menganggu permintaaan untuk barangan dan meningkatkan gangguan terhadap pembuatan dengan usaha mengurangkan kebergantungan AS terhadap China telah memberi kesan yang negatif.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In