fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DIGI Bekerjasama Dengan Allo Perluas Perkhidmatan Jalur Lebar Kediaman Di Melaka, Perak, Cyberjaya

in Catalyst
A A
DIGI Bekerjasama Dengan Allo Perluas Perkhidmatan Jalur Lebar Kediaman Di Melaka, Perak, Cyberjaya

Sumber Gambar : Businesstoday

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Digi Telecommunications Sdn Bhd bekerjasama dengan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd, Allo Technology Sdn Bhd (Allo), untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar kediamannya kepada kira-kira 45,000 kediaman di kawasan terpilih di Melaka, Perak dan Cyberjaya.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata Digi akan memanfaatkan penyelesaian Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Lapisan 2 Allo, menjadikan jumlah terkumpul kediaman Allo kepada 155,000 pada suku pertama 2021.

“Kerjasama ini merupakan lanjutan daripada perkongsian yang dimulakan oleh kedua-dua pihak untuk melaksanakan projek perintis, menyediakan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa had kepada 1,100 penduduk dan perniagaan di Melaka awal tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Projek perintis itu merupakan sebahagian daripada usaha Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sebelum ini untuk mempercepatkan gentian optik di Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi Praveen Rajan berkata kerjasama itu akan membolehkan syarikat meningkatkan penyampaian perkhidmatan jalur lebar kediaman, terutamanya semasa permintaan yang kritikal terhadap kesalinghubungan yang boleh dipercayai untuk kerja jarak jauh dan keperluan pendidikan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Allo Rodzi Ahmad berkata syarikat telah bekerjasama secara proaktif dengan rakan kongsinya untuk menyokong pengembangan mereka dalam menyediakan kesalinghubungan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai tempat.

“Allo memahami kepentingan untuk terus berada di hadapan trend global, terutamanya dalam dunia yang dipacu secara digital dan berkembang bersama dalam memastikan kesalinghubungan digital yang kukuh, berkualiti tinggi dan berpatutan untuk kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. 

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In