• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dengan indeks utama kekal melebihi paras 1,500 mata.   

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.35 mata atau 0.42 peratus untuk ditutup kepada 1,505.78 daripada 1,499.43 semasa ditutup pada Isnin. 

Indeks dibuka rendah 4.15 mata kepada 1,495.28 dan berada antara 1,494.93 dan 1,511.90 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 600 berbanding 429, manakala 459 kaunter tidak berubah, 593 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 6.54 bilion saham bernilai RM3.92 bilion daripada 7.03 bilion saham bernilai RM3.55 bilion pada Isnin. 

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pasaran tempatan diniagakan dalam jajaran kecil berikutan pelabur cuba memahami hala tuju pasaran yang akan datang.

“Sentimen Asia positif, didorong oleh rangsangan ekonomi China yang lebih kukuh, mengimbangi kemungkinan risiko pilihan raya Amerika Syarikat. 

“Selepas kejutan COVID-19 di United Kingdom dan Kesatuan Eropah, saya fikir terdapat kesedaran bahawa eksport ke pasaran Barat masih bergelut, tetapi Malaysia boleh eksport ke China,” katanya kepada Bernama. 

Innes berkata pasaran global akan bergelut untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sehingga terdapat lebih banyak petunjuk positif mengenai pertumbuhan ekonomi sebenar. 

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM7.20, Top Glove meningkat tiga sen kepada RM8.03, TNB naik 12 sen kepada RM11.02, Public Bank menokok 18 sen kepada RM15.86, Hartalega naik enam sen kepada RM14.06 dan IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada 5.31. 

Sime Darby Plantation tidak berubah pada RM5.05, manakala Petronas Gas dan Nestle, masing-masing berkurangan 10 sen kepada RM16.50 dan RM139.20. 

Dalam kalangan saham cergas, Bintai Kinden melonjak 14 sen kepada 77.5 sen, Solution Group naik lima sen kepada 69 sen, Kanger International menambah 2.5 sen kepada 31 sen, Diversified Gateway meningkat 1.5 sen kepada 19 sen manakala Netx dan Lambo, masing-masing tidak berubah pada satu sen dan empat sen.   

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 47.64 mata kepada 10,810.12 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 51.71 mata kepada 12,804.41. 

FBM 70 menambah 64.29 mata kepada 13,951.45, Indeks FBMT100 melonjak 45.89 mata kepada 10,631.82 dan FBM ACE berkurangan 168.35 mata kepada 10,786.5.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 72.10 mata kepada 12,559.62, Indeks Perladangan susut 12.66 mata kepada 7,122.67 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan tidak berubah pada 135.47. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 3.12 bilion saham bernilai RM2.74 bilion daripada 4.25 bilion saham bernilai RM2.76 bilion pada Isnin. 

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 586.08 juta unit bernilai RM138.67 juta daripada 554.67 juta unit bernilai RM124.09 juta semalam.  

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 2.84 bilion saham bernilai RM1.04 bilion daripada 2.22 bilion saham bernilai RM666.19 juta sebelum ini. 

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 504.80 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.17 bilion), pembinaan (212.57 juta), teknologi (299.06 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (37.03 juta), hartanah (266.87 juta), perladangan (150.82 juta), REIT (7.58 juta), dana tertutup (29,200), tenaga (255.44 juta), penjagaan kesihatan (124.67 juta), telekomunikasi dan media (30.13 juta), pengangkutan dan logistik (41.34 juta) dan utiliti (13.29 juta).

— BERNAMA  

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In