• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi bercampur-campur dengan indeks utama lebih tinggi sebanyak 0.46 peratus, didorong oleh momentum pembelian membabitkan saham berwajaran tinggi, didahului oleh TNB dan Public Bank.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.96 mata kepada 1,506.39 daripada 1,499.43 ketika ditutup semalam selepas bergerak antara 1,494.93 dan 1,509.0 sepanjang sesi pagi.

Indeks utama dibuka rendah 4.15 mata kepada 1,495.28.

Bagi pergerakan harga keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi untung 502 berbalas 367 manakala 454 kaunter tidak berubah, 758 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.48 bilion saham bernilai RM2.01 bilion.

Maybank Investment Bank berkata situasi tidak menentu ekuiti global mungkin boleh menjejaskan sentimen domestik meskipun kegiatan pengambilan untung boleh bermula di sektor yang lebih defensif (sektor yang boleh memberikan dividen dan pendapatan stabil secara konsisten tanpa mengira keadaan pasaran keseluruhan).

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, TNB meningkat 18 sen kepada RM11.08, Public Bank mengukuh 16 sen kepada RM15.84, Maxis naik tujuh sen kepada RM5.09, IHH Healthcare enam sen lebih tinggi kepada RM5.34 dan Hartalega melonjak 10 sen kepada RM14 .10.

Maybank, Petronas Chemicals dan Sime Darby Plantation masing-masing tidak berubah pada RM7.19, RM5.60 dan RN5.05 sementara Petronas Gas turun enam sen kepada RM16.54.

Saham-saham paling cergas, Bintai Kinden melonjak 9.5 sen kepada 73 sen, Diversified Gateway naik satu sen kepada 18.5 sen, Kanger International 2.5 sen lebih tinggi pada 31 sen, XOX naik setengah sen kepada 19 sen sementara Lambo dan VSolar tidak berubah, masing-masing kepada empat sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 39.18 mata kepada 10,801.66 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 48.06 mata kepada 12,800.76.

FBM 70 pula melonjak 14.88 mata kepada 13,902.04, Indeks FBMT 100 meningkat 39.67 mata kepada 10,625.6 dan FBM ACE menambah 1.74 mata kepada 10,956.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 40.07 mata kepada 12,527.59, Indeks Perladangan naik 5.78 mata kepada 7,141.11 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.03 mata kepada 135.44.

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In