• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Komposit Lepasi Paras 1,500 Mata

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dengan indeks utama meningkat 0.14 peratus kepada paras melebihi 1,500 mata semasa awal dagangan hari ini.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,501.48 daripada 1,499.43 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 4.15 mata lebih rendah kepada 1,495.28.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 354 berbanding 201 manakala 351 kaunter tidak berubah, 1,175 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 820.14 juta unit bernilai RM351.69 juta.

Rakuten Trade berkata ia menjangkakan FBM KLCI mengalami lebih banyak tekanan jualan selepas merekodkan pergerakan melebihi paras 1,500 semalam.

“Peningkatan kes COVID-19 boleh mendorong pembelian di kaunter sarung tangan. Oleh itu, kami yakin indeks itu akan bergerak di antara julat 1,490 dengan 1,510 hari ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM7.22, TNB meningkat lapan sen kepada RM10.98, Public Bank naik enam sen kepada RM15.74, Petronas Chemicals dan Maxis masing-masing menokok empat sen kepada RM5.64 dan RM5.06, manakala Hong Leong Bank melonjak 12 sen kepada RM14.96.

Sime Darby Plantation, MISC dan Petronas Gas masing-masing tidak berubah pada RM5.05, RM7.45 dan RM16.60 sementara Top Glove turun tiga sen kepada RM7.97, Hartalega susut lapan sen kepada RM13.92 dan IHH Healthcare menguncup empat sen kepada RM5.24.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden menambah 8.5 sen kepada 72 sen, Netx naik setengah sen kepada 1.5 sen manakala XOX, Pegasus Heights dan Vsolar masing-masing kekal tidak berubah pada 18.5 sen, 2.5 sen dan 4.5 sen sementara Metronic turun setengah sen kepada lapan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.22 mata kepada 10,767.7 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 6.34 mata kepada 12,746.36.

FBM 70 turun 28.98 mata kepada 13,858.18, Indeks FBMT 100 naik 5.33 mata kepada 10,591.26 dan FBM ACE menokok 19.86 mata kepada 10,974.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 30.30 mata kepada 12,517.82, Indeks Perladangan naik 3.30 mata kepada 7,138.63 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.33 mata kepada 135.8.

— BERNAMA

Share486ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In