• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham JF Technology (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham JF Technology  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

JF Technology Bhd (KLSE: 0146) (JF Tech) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan terlibat dalam penghasilkan integrated circuit test sockets, interconnect, test solutions dan equipment untuk pelanggannya di dalam industri semikonduktor dan elektronik.

Nilai pasaran terkini syarikat ini berjumlah RM819.0 juta dan ini merupakan satu kenaikan yang ketara jika dibandingkan dengan nilai pasarannya 10 tahun lepas yang hanya berjumlah RM25.2 juta pada 30 Jun 2010.

Di sini, kami akan merumuskan secara terperinci mengenai prestasi kewangan JF Tech dan pelan perkembangannya. Jadi, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum membuat keputusan untuk membeli sahamnya.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1. Perolehan

JF Tech telah mencatatkan Compound Annual Growth Rate (CAGR) sebanyak 11.46% dalam perolehannya, peningkatan jumlah daripada RM8.67 juta pada tahun 2010 kepada RM23.03 juta pada tahun 2019.

Peningkatan perolehan ini disebabkan oleh peningkatan jualan produknya ke China dan Taiwan sepanjang tempoh 2-3 tahun yang lepas.

2. Keuntungan Bersih

JF Tech mula mencatatkan keuntungan bersih pada tahun 2014. Namun, pada tahun 2018, syarikat ini hanya merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM328 ribu, dan ini merupakan keuntungan bersih terendah sejak tahun 2014.

Rekod keuntungan bersih yang terendah pada tahun 2018 ini disebabkan oleh provision for damages ke atas produk yang berjenama Zigma pada 2018 yang berjumlah RM6.12 juta.

Dalam tempoh 2014 sehingga tahun 2019, JF Tech telah merekodkan purata Return on Equity (ROE) berjumlah 8.88% setahun, ini merupakan satu peningkatan jumlah ROE kepada syarikat yang sebelumnya mencatatkan ROE yang negatif sejak tahun 2011 sehingga tahun 2013.

3. Pengurusan Aliran Tunai

Daripada tahun 2010 sehingga tahun 2019, JF Tech telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM23.94 juta. Daripada jumlah tersebut, syarikat telah membelanjakan sebanyak:

a. RM9.93 juta untuk Capital Expenditures (Capex) bersih.

b. RM8.13 juta untuk pemulangan pinjaman jangka panjang.

c. RM6.66 juta untuk pembayaran dividen ke pemegang sahamnya.

Maka, syarikat ini telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM6.50 juta pada tahun 2010 kepada RM11.53 juta pada tahun 2019.

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, JF Tech telah mencatatkan RM3.72 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM38.27 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, syarikat ini mempunyai nisbah hutang sebanyak 9.72%.

Pada masa yang sama, JF Tech telah mencatat RM23.82 juta untuk aset semasa dan RM3.12 di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa syarikat ini adalah sebanyak 7.64.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

JF Tech telah merekodkan RM26.81 juta di dalam perolehan dan RM8.02 juta di dalam keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini. Maka, Earnings Per Share (EPS) untuk JF Tech adalah sebanyak 3.81 sen.

6. Pelan Pertumbuhan

JF Tech ingin menceburi bidang teknologi 5G dan meluaskan pasaran luar negaranya. Kini, JF Tech  telah menerima 23 paten daripada Amerika Syarikat, Taiwan dan Filipina dan sedang menunggu keputusan bagi permohonan lagi 40 paten.

Daripada 23 paten ini, 16 daripadanya adalah untuk high frequency bagi tujuan aplikasi 5G testing dan baki 7 paten adalah untuk tujuan aplikasi automotive testing.

7. Siapa Pemilik Utama JF Tech?

Dato’ Foong Wei Kuong dan isterinya, Datin Wang Mei Ling adalah pemilik utama JF Tech dengan pegangan saham sebanyak 49.98% dan 10.68%. Mereka adalah pengasas dan pengarah bagi syarikat JF Tech ini.

8. P/E Ratio

Harga saham JF Tech terkini adalah RM3.90 seunit. Jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 3.81 sen, maka P/E Ratio terkini adalah 102.36.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 3.90 / RM 0.0381

= 102.36

9. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, JF Tech telah merekodkan sebanyak RM0.180 di dalam aset bersih sesaham. Maka nisbah P/B Ratio terkini adalah 21.67.

Kalau kita bandingkan dengan P/B Ratio pada tahun-tahun yang lepas (2010-2019), nisbah terkininya merupakan yang tertinggi sejak 10 tahun yang lepas.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 3.90 / RM 0.18

= 21.67

10. Kadar Pembayaran Dividen

Pada tahun 2020, JF Tech telah mengisytiharkan 1.5 sen untuk Dividend Per Share (DPS).

Jika kita menyelaraskan jumlah dividen setiap saham (DPS) JF Tech dengan jumlah saham terkininya sebanyak 210.0 juta, kita dapat melihat bahawa JF Tech bukanlah sebuah syarikat yang membayar DPS kepada pemegang sahamnya setiap tahun.

Kadar pembayaran dividen terkini bagi JF Tech adalah 0.38%, lebih rendah jika ia dibandingkan dengan kadar Fixed Deposit (FD) yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.015 / RM 3.90) x 100%

= 0.38%

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya, kami mendapati bahawa:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham JF Tech?

Kalau kita tidak pasti, boleh tanyakan soalan-soalan berikut kepada diri sendiri:

1. Berapakah pulangan yang kita harapkan jika diberi peluang untuk melabur RM100+ ke dalam satu syarikat yang dapat menjana keuntungan RM1 setiap tahun?

2. Apakah sebab kita nak melabur ke dalam JF Tech? Apakah pelan pelaburan kita?

3. Bolehkah kita mencari syarikat lain yang boleh memberikan keuntungan yang lebih lumayan berbanding dengan JF Tech?

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share316ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In