• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UMW Aerospace Menyerahkan Selongsong Kipas Pertama Bagi Enjin Rolls-Royce Trent 7000

in Catalyst
A A
UMW Aerospace Menyerahkan Selongsong Kipas Pertama Bagi Enjin Rolls-Royce Trent 7000

Sumber Gambar : UMW

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SERENDAH, 21 Sept (Bernama) — UMW Aerospace Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, hari ini menyerahkan selongsong kipas yang pertama bagi enjin Rolls-Royce Trent 7000. Selongsong kipas itu akan dihantar ke pusat pemasangan dan ujian enjin Rolls-Royce di Seletar Aerospace Park di Singapura. Enjin Trent 7000 ini dipasangkan dalam pesawat Airbus A330neo.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad Azmin Che Yusoff berkata, “Kami bangga dengan pencapaian UMW Aerospace dan penyerahan ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam sejarah Kumpulan UMW sebagai konglomerat dengan teras kejuruteraan yang kuat. Dalam jangka masa yang singkat, UMW Aerospace telah berkembang menjadi pembekal komponen aeroangkasa pilihan dengan rekod yang kukuh dalam rantaian bekalan industri sejagat. Kami juga merasa bangga diberi peranan dalam rancangan Malaysia untuk mengukuhkan industri aeroangkasa negara, seperti yang dicadangkan oleh Pelan Pembangunan Aeroangkasa Nasional 2016-2030.”

Azmin Che Yusoff menekankan lagi, “Penglibatan syarikat dalam industri aeroangkasa juga merupakan sebahagian daripada sumbangan kami ke arah mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi – 97% tenaga kerja di UMW Aerospace terdiri daripada rakyat Malaysia.”

UMW Aerospace menandatangani kontrak 25 + 5 tahun sebagai pembekal Tahap 1 dari Rolls-Royce Plc untuk membuat dan memasang selongsong kipas untuk enjin Trent 1000 dan Trent 7000 pada bulan Ogos 2015. Sehubungan dengan itu, Kumpulan UMW melaburkan RM750 juta untuk mendirikan kilang pembuatan komponen aeroangkasa di Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW di Serendah. UMW Aerospace berjaya menyerahkan selongsong kipas yang pertama untuk enjin Trent 1000 pada bulan November 2017 manakala hari ini pula adalah untuk enjin Trent 7000.

Keselamatan adalah keutamaan penting bagi industri aeroangkasa. UMW Aerospace mencapai satu lagi kejayaan pada 9 September 2020, apabila mencapai standard keselamatan luar biasa iaitu 1,500 hari tanpa kemalangan industri [atau “Zero LTI (Lost-Time-Injury)”].

Azmin Che Yusoff menambah, “Walaupun dalam keadaan perniagaan yang mencabar, kami tetap teguh dalam mencapai matlamat untuk membina kemampuan dan kecekapan kami dalam industri aeroangkasa, dibuktikan dengan dua tonggak kejayaan di atas. Walaupun Kumpulan menjangkakan sub-segmen Aeroangkasa akan terkesan berikutan penularan Covid-19, namun ia disokong oleh pesanan selongsong kipas yang telah diterima sepanjang tahun ini.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 8,000 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

–BERNAMA

Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In