• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Sektor Tenaga dan Kaunter yang Berkaitan Dengannya

in Trading Idea
A A
Sektor Tenaga dan Kaunter yang Berkaitan Dengannya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ungkit kembali sejarah lampau berkenaan sistem jana kuasa elektrik dalam negara kita, power outage dahsyat pernah berlaku pada tahun 29 September 1992 dan juga 3 Ogos 1996.

Bukan sekadar satu Malaysia terpaksa berpanas bergelap selama beberapa jam, malah ekonomi negara terhenti seketika sehingga sejarah terukir apabila kerajaan mengambil langkah penting untuk mengubah hala tuju dan polisi keselamatan bekalan tenaga elektrik dalam memangkin usaha pembangunan Malaysia selaku negara sedang membangun.

Sebelum 1990-an, sektor janakuasa dan bekalan elektrik diurus sepenuhnya oleh kerajaan melalui Lembaga Letrik Malaysia (LLN).

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Dek keterbatasan keupayaan kewangan serta kepakaran sektor jana kuasa tika itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk korporatkan LLN kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1 Februari 1990 bagi memenuhi permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Setelah 2 tahun beroperasi, kejadian buruk pertama TNB terjadi pada 29 September 1992 sehingga sebahagian besar Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik.

Setelah 2 tahun TNB beroperasi – muncul kejadian buruk pertama apabila pada 29 September 1992 berlakunya blackout di sebahagian besar Semenanjung.

Kesannya?

Sejarah terukir apabila termeterai perjanjian penswastaan pertama yang menjadikan YTL sebagai pembekal jana kuasa bebas (IPP) pertama selepas pengkorporatan TNB. Objektif penswastaan ini pada dasarnya ingin meningkatan kapasiti bekalan tenaga elektrik negara. Namun secara tidak langsung ianya telah mewujudkan persaingan seterusnya meningkatkan caj RM per kW blok yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Tepat 5.71 petang, tanggal 3 Ogos 1996, negara sekali lagi terputus bekalan elektrik bahkan lebih teruk apabila hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia bergelap selama hampir 12 jam. Berlakunya litar pintas pada aliran transisi penjana kuasa Sultan Ismail di Paka menjadi punca semua transisi jana kuasa di seluruh Semenanjung Malaysia turut mengalami litar pintas mengakibatkan terputusnya bekalan elektrik.

Situasi di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang menjadi panik dan kucar-kacir. Aktiviti orang ramai tergendala dengan sistem lalu lintas yang haru biru, jalan raya bergelap, rumah kediaman, kedai, bangunan tidak langsung bercahaya. Malah, apa yang lebih teruk segala aktiviti komersial melibatkan operasi kilang dan perniagaan turut lumpuh serta merta.

Sumber: Laman facebook Buletin TV3

Mengikut kiraan kasar Persatuan Pengilang Pengilang Malaysia (FMM), kerugian yang dialami oleh sektor pengilangan dalam tempoh 10-12 jam tersebut adalah sebanyak RM123 juta ringgit. Kerugian ini tidak termasuk sektor peruncitan, industri kecil sederhana dan kerugian-kerugian individu.

Lantikan Lima Pembekal Jana Kuasa Bebas

Susulan tragedi 1996 yang paling dahsyat ini, kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan melantik 5 lagi IPP, langkah yang mengubah haluan industri jana kuasa negara secara tuntas, buat selamanya. Maka wujudlah syarikat-syarikat seperti YTL Power, Powertek, Malakoff dan Genting Sanyen.

Kesannya, persaingan beberapa IPP ini telah mengakibatkan nilai saham TNB merosot teruk pada ketika itu. Para pengguna turut terkesan dengan kenaikan tarif kerana perjanjian TNB bersama IPP harus memenuhi sebut harga seperti yang telah dipersetujui.

Jika kita soroti dan singkap sejarah kemelut TNB yang berlaku 24 tahun lalu, maka kita akan ketahui betapa sulit dan rumitnya TNB berhadapan tekanan demi tekanan demi merealisasikan agenda penswastaan bekalan kuasa dan persaingan terbuka dengan IPP. Ianya membawa kepada ‘resignation terhormat’ Allahyarham Tan Sri Ani Arope daripada posisi CEO dan Pengerusi TNB.

Sektor Jana Kuasa Pada Hari Ini

Hari ini segalanya sudah menjadi sejarah. Walaupun dengan adanya beberapa IPP tambahan, kita masih mengalami power outage antara yang terbesar pada tahun 2003, 2005 dan 2013. Jana kuasa – sektor yang tidak akan kurang permintaannya, bahkan kegunaan dan kapasiti yang diperlukan semakin meningkat hari demi hari.

Di Malaysia, jaringan keperluan kepada tenaga elektrik ini akan terus bertahan dan berkembang InsyaAllah sekurang-kurangnya untuk 50 tahun lagi.

Lagi sekali saya bermurah hati untuk berkongsi bisnes yang berkaitan tenaga elektrik.

Bukan untuk dibeli hari ini.

Sebaliknya,
– Dikaji dengan melukis chart dan diletakkan di dalam watchlist
– Jangan lupa letak alarm buy signal di carta masing-masing

Dan selamat berdagang semua ya.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share367ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In