• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Majuperak, Tenaga Danawa Akan Bangunkan Pembangunan Bercampur Mampu Milik Di Tapah

in Catalyst
A A
Majuperak, Tenaga Danawa Akan Bangunkan Pembangunan Bercampur Mampu Milik Di Tapah

Sumber Gambar : Majuperak Holdings Bhd

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — MajuPerak Holdings Bhd, melalui anak syarikatnya, Tenaga Danawa Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian usaha sama dan pemegangan saham (JVSA) dengan Taraf Nusantara Sdn Bhd bagi melaksanakan projek pembangunan bercampur mampu milik di Perak membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM295 juta.

Taraf Nusantara merupakan anak syarikat milik penuh Lagenda Properties Bhd (sebelum ini dikenali sebagai DBE Gurney Resources Bhd).

Ketua Pegawai Eksekutif MajuPerak group Nizran Noordin berkata dengan memanfaatkan kepakaran Tenaga Danawa dalam segmen perumahan mampu milik, ditambah dengan rekod baik Taraf Nusantara dalam membangunkan projek perumahan berskala besar, kerjasama itu adalah bukti usaha berterusan untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita optimis terhadap prospek masa depan, terutama segmen hartanah untuk jangka masa panjang, seiring dengan pemulihan ekonomi negara daripada akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terletak di Mukim Batang Padang, Tapah, pembangunan bercampur di kawasan seluas kira-kira 92.96 hektar itu menandakan pembabitan usaha sulung MajuPerak dalam membangunkan simpanan tanah sendiri dengan kerjasama sebuah pemaju hartanah berpengalaman.

MajuPerak bersama rakan usaha samanya, melalui syarikat jentera tujuan khas, akan bersama-sama membangunkan dan menguruskan projek itu sepenuhnya.

Projek itu, disasarkan bermula awal tahun depan dan dijangka siap pada 2026, merangkumi pembangunan 1,374 unit rumah teres satu tingkat, 264 unit rumah kedai dua tingkat, serta satu plot untuk membangunkan pelbagai kemudahan untuk penduduk seperti stesen minyak, pasar raya besar dan pejabat untuk agensi kerajaan.

Rumah berharga dari antara RM152,000 hingga RM172,000 seunit manakala rumah kedai dari RM284,000 hingga RM299,000 seunit.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In