fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kekurangan Pemangkin

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk utama mencecah bawah paras 1,500 berikutan kekurangan pemangkin dan seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan peningkatan semula kes COVID-19 khususnya di Eropah, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.20 mata atau 0.48 peratus untuk ditutup pada 1,499.43 daripada 1,506.63 pada Jumaat lepas.

Indeks utama tersebut dibuka menokok 3.79 mata kepada 1,510.42 dan bergerak dalam jajaran 1,496.97 hingga 1,511.77 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 873 berbanding 275 manakala 332 kaunter tidak berubah, 604 tidak didagangkan dan 39 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.03 bilion saham bernilai RM3.55 bilion daripada 6.87 bilion saham bernilai RM5.07 bilion, sebelum ini.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata keputusan mengenai kedudukan Malaysia dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Global(WGBI) FTE Russell pada minggu ini, juga dilihat sebagai berisiko dari segi perspektif tempatan dan berkemungkinan menyebabkan pelabur memilih untuk berada di luar pasaran.

“Bagaimanapun, kaitan bahawa sebarang pergerakan kenaikan pasaran adalah seiring dengan perkembangan gelombang kedua COVID-19 yang membabitkan United Kingdom dan Eropah juga agak janggal. Ini kerana tempoh September hingga pertengahan Oktober lazimnya bulan yang kurang memberangsangkan bagi risiko.

“Selain itu, risiko pilihan raya (pemilihan Presiden) Amerika Syarikat (AS) yang boleh menjejaskan prestasi pasaran Asia yang positif (termasuk di Malaysia) serta gelombang kedua pandemik COVID-19 juga tidak begitu menarik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kalangan pelabur misalnya lebih memilih untuk melepaskan saham yang menguntungkan manakala pelabur institusi pula menjual euro dan pound Britain yang memberi impak kepada pengukuhan dolar AS secara amnya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank merosot 26 sen kepada RM15.68, Maxis turun 12 sen kepada RM5.02, Petronas Dagangan rugi 76 sen kepada RM20.40, Hartalega berkurangan 16 sen kepada RM14, MISC susut 10 sen kepada RM7.45, MISC rendah 10 sen kepada RM7.45 manakala Maybank kehilangan dua sen kepada RM7.19.

Top Glove dan Sime Darby Plantations masing-masing menambah dua sen kepada RM8 dan RM5.05 manakala TNB dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM10.90 dan RM5.60.

Bagi saham aktif, Metronic dan Sapura Energy naik setengah sen kepada 8.5 sen dan 12 sen, CME untung satu sen kepada 12.5 sen, Rimbunan Sawit berkurangan dua sen kepada 29 sen, HB Global turun 2.5 sen kepada 18.5 sen, Jaya Tiasa susut tujuh sen kepada 76 sen dan Iris Corp kehilangan satu sen kepada 31.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 75.14 mata kepada 10,762.48 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 84.37 mata kepada 12,752.7.

FBM 70 pula susut 144.87 mata kepada 13,887.16, Indeks FBMT 100 kehilangan 65.81 mata kepada 10,585.93 dan FBM ACE berkurangan 106.69 mata kepada 10,954.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 81.83 mata kepada 12,487.52, Indeks Perladangan turun 16.62 mata kepada 7,135.33 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 1.23 mata kepada 135.47.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.25 bilion saham bernilai RM2.76 bilion daripada 4.15 bilion saham bernilai RM4.06 bilion pada Jumaat lepas.

Waran susut kepada 554.67 juta unit bernilai RM124.09 juta berbanding 726.19 juta unit bernilai RM178.63 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.22 bilion saham bernilai RM666.19 juta daripada 1.98 bilion saham bernilai RM827.64 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 858.13 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.37 bilion), pembinaan (275.53 juta), teknologi (216.30 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.26 juta), hartanah ( 322.49 juta), perladangan (563.08 juta), REIT (7.24 juta), dana tertutup (24.500), tenaga (356.90 juta), penjagaan kesihatan (102.21 juta), telekomunikasi dan media (41.58 juta), pengangkutan dan logistik (71.03 juta) serta utiliti (19.99 juta).

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In