• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi bercampur-campur dengan indeks utama meningkat 0.07 peratus, dirangsang oleh momentum belian terutama membabitkan saham berwajaran tinggi terpilih.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.04 mata kepada 1,507.67 daripada 1,506.63 ketika ditutup petang Jumaat selepas bergerak antara 1,501.77 dan 1,511.77 sepanjang sesi pagi.

Ia dibuka 3.79 mata lebih tinggi kepada 1,510.42. 

Saham-saham rugi mengatasi saham untung 576 berbalas 376 manakala 408 kaunter tidak berubah, 724 tidak diniagakan dan 39 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.60 bilion saham bernilai RM1.64 bilion.  

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.24, Top Glove meningkat dua sen kepada RM8, TNB melonjak 10 sen kepada RM11, Hartalega menambah dua sen kepada RM14.18 sementara Maxis tidak berubah pada RM5.14, Public Bank turun lapan sen kepada RM15.86 dan IHH Healthcare susut enam sen kepada RM5.27.

Saham-saham paling cergas, Metronic, Sapura Energy dan Iris Corp masing-masing naik setengah sen kepada 8.5 sen, 12 sen dan 33 sen sementara CME dan Rimbunan Sawit masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 13 sen dan 32.5 sen dan Jaya Tiasa naik 2.5 sen kepada 85.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.12 mata kepada 10,840.74 dan Indeks FBM Emas Shariah mengembang 5.74 mata kepada 12,842.81.

Indeks FBM 70 pula merosot 9.28 mata kepada 14,022.75, sementara Indeks FBMT 100 meningkat 3.73 mata kepada 10,655.47 dan FBM ACE melonjak 133.55 mata kepada 11,195.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.65 mata menjadi 12,568.7, Indeks Perladangan mengukuh 68.44 mata kepada 7,220.39 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.18 mata kepada 136.52.

– BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In