fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Kurang Minat Belian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya beransur bertukar menjadi rendah kerana kekurangan minat belian berterusan.

Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.77 mata kepada 1,505.86 daripada 1,506.63 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

Indeks  dibuka 3.79 mata lebih tinggi kepada 1,511.77.

Saham-saham untung mengatasi rugi 315 berbalas 307, manakala 369 kaunter tidak berubah, 1,093 tidak diniagakan dan 39 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.23 bilion unit bernilai RM495.54 juta.

Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata kestabilan di bursa tempatan sudah dijangkakan di celah-celah kekurangan petunjuk baharu.

“Namun, kami percaya pergerakan kaunter berwajaran tinggi sarung tangan akan terus menentukan hala tuju indeks utama. Di tempat lain, kami menyaksikan aktiviti berpilih dalam kalangan kaunter saham murah terutama dalam situasi positif pada masa ini. Peniaga runcit pula, akan terus mencari pelaburan yang memberi pulangan tinggi,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM7.23, Top Glove meningkat tiga sen kepada RM8.01, TNB menambah 10 sen kepada RM11, Public Bank menokok enam sen kepada RM16 sementara Sime Darby Plantation kekal pada pada RM5.03.

Hartalega turun 16 sen kepada RM14, IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM5.26, Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM5.57 dan Maxis lebih rendah empat sen kepada RM5.10.

Saham paling cergas pula, Metronic naik dua sen pada 10 sen, Sapura Energy meningkat satu sen kepada 12.5 sen, CME Group menambah 1.5 sen kepada 13 sen sementara Technodex tidak berubah pada 18.5 sen, HB Global turun satu sen kepada 20 sen dan Kanger International jatuh setengah sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.8 mata kepada 10,834.82 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 13.54 mata kepada 12,823.53.

FBM 70 naik 2.8 mata kepada 14,034.83, Indeks FBMT 100 meningkat 3.53 mata kepada 10,648.21 dan FBM ACE melonjak 97.59 mata kepada 11,159.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.6 mata kepada 12,563.75, Indeks Perladangan meningkat 39.96 mata kepada 7,191.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 136.74.

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In