• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

RHB Investment Sasar Pendapatan Top Glove Cecah RM9.46 Bilion Pada 2021

in Catalyst
A A
Aliran Meningkat Dijangka Untuk Kaunter Sarung Tangan

Sumber Gambar : Top Glove

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd mensasarkan unjuran pendapatannya untuk tahun 2021 dan 2022, masing-masing meningkat 156 peratus dan 84 peratus kepada RM9.46 bilion dan RM7.26 bilion, dengan mengandaikan sarung tangan akan mencapai harga jualan purata (ASP) AS$49 sehingga AS$61 setiap 1,000 keping.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan jangkaan pendapatan untuk tahun kewangan 2023 sebanyak RM4.49 bilion berdasarkan kepada andaian ASP jangka panjang yang tidak berubah pada AS$37.00 setiap 1,000 keping,” kata penganalisis RHB Investment Bank Alan Lim.

“Kami percaya ASP jangka panjang sepatutnya telah berada pada paras pulang modal yang mana pada ketika itu, pendatang baharu yang kurang cekap seharusnya beroperasi. Kami turut menjangkakan pendapatan akan meyaksikan lonjakan besar pada tahun kewangan 2021 tetapi merosot pada tahun kewangan 2022 dan 2023.

Pertumbuhan pendapatan akan dapat dilihat semula mulai tahun kewangan 2024 ekoran pertumbuhan jumlah dengan ASP yang tidak berubah,” kata beliau dalam satu nota penyelidikan.

Keuntungan bersih Top Glove melonjak 417 peratus tahun ke tahun dalam tahun kewangan 2020 kepada RM1.86 bilion, sementara perolehan melambung kepada RM7.23 bilion daripada RM4.8 bilion pada tahun kewangan 2019, dirangsang oleh peningkatan ketara sarung tangan getah di celah-celah pandemik COVID-19.

Untuk suku keempat 2020, keuntungan bersih ialah pada RM1.29 bilion berbanding RM74.16  juta suku yang sama 2019, manakala perolehan berjumlah RM3.1 bilion daripada RM1.18 bilion sebelumnya.

Sementara itu, MIDF Research berkata campuran produk pengeluar sarung tangan getah itu telah membolehkannya memenuhi keperluan berbeza daripada pelbagai pelanggannya.

Ia menambah berikutan bekalan nitrile butadiene (NBR) yang terhad dan mengambil masa panjang untuk mendapatkan sarung tangan nitril (pesanan semerta sarung tangan nitril telah penuh untuk tempoh tiga bulan akan datang), beberapa pengguna telah mengambil keputusan untuk beralih kepada sarung tangan getah asli bebas serbuk dan sarung tangan “thermoplastic extruded” (TPE).

Diskaun antara sarung tangan getah asli dan nitril dijangka mengecil dalam bergerak ke hadapan sekiranya para pengguna terus memilih untuk membeli sarung tangan getah asli.

“Sebaliknya pula, harga getah asli tetap stabil. Segmen sarung tangan vinil, terutamanya untuk pasaran China, turut menyaksikan peningkatan besar dalam ASP. Aktiviti pengeluaran berjalan lancar di kilang Vietnamnya, dengan talian pengeluaran baharu menghasilkan setiap bulan,” katanya.

MIDF juga percaya kehadiran georgrafi Top Glove yang meluas membolehkannya menjual ke pelbagai pasaran kerana jumlah kes aktif di seluruh dunia mungkin mengalami desakan berbeza dari segi permintaan.

Sementara itu, berikutan tinjauan yang amat optimis ini, kedua-dua RHB Investment dan MIDF telah memberikan saranan “membeli” untuk Top Glove.

Meskipun telah membuat saranan sedemikian, RHB Investment berkata ia telah merendahkan harga sasarannya untuk Top Glove kepada RM9.50 kerana pertumbuhan terminal jangka panjang telah dikurangkan kepada satu peratus daripada tiga peratus sebelumnya.

“Kami percaya kenaikan dalam ASP yang lebih tinggi daripada jangkaan akan mendorong kemasukan baharu ke dalam sektor sarung tangan. Dan dengan demikian, andaian pertumbuhan jangka panjang telah dikurangkan untuk Top Glove.”

MIDF sebaliknya pula telah menaikkan harga sasarannya kepada RM9.63 daripada RM9.31.

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In