Dalam ketidakpastian saham di Bursa Saham pada ketika ini, jumlah dagangan Indeks Teknologi Bursa Saham melonjak sebanyak 62.67% berbanding setahun yang lalu, iaitu peningkatan keseluruhan sebanyak 150.07% pasca kejatuhan pasaran Bursa Malaysia awal PKP tempoh hari pada bulan Mac 2020.

Maka persoalan yang timbul di kalangan pelabur adalah sejauh mana kenaikan sektor teknologi ini akan berterusan? Setakat mana hijau akan terus menghijau?
Seperti yang saya selalu tekankan, kita perlu lihat sejauh mana kukuhnya asas fundamental syarikat berkaitan teknologi ini sebelum mula melabur.
Kita lihat pula kepada kaunter-kaunter berkaitan teknologi. Daripada sejumlah 91 kaunter berkaitan, 72 kaunter mencatatkan keuntungan. Ini menunjukkan pelan pemulihan dan peningkatan keuntungan kaunter teknologi pasca Covid-19 ini amat memberangsangkan berbanding kaunter saham daripada sektor yang lain.

(Sumber: investing.com)
Keperluan kepada Internet of Things (IoT) iaitu peranti-peranti elektronik yang berkomunikasi sesama sendiri melalui internet akan terus meningkat. Begitu juga dengan keperluan kepada peningkatan rangkaian 5G yang akan memastikan indeks teknologi kekal relevan dan bertenaga di papan utama mahu pun papan ACE.
Perang teknologi di antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang tidak berkesudahan sedikit sebanyak akan memberi tempias positif dengan peralihan permintaan kepada rantaian bekalan (supply chain) daripada syarikat-syarikat di dalam negara.

Pelancaran iPhone 12 dengan dilengkapi teknologi 5G tidak lama lagi juga akan meningkatkan lagi tujahan kepada kenaikan teknologi ini.

Sebenarnya, apabila kita melihat kenaikan banyak saham di dalam sektor teknologi sehingga ada yang mencapai paras tertinggi (all time high), masih ada banyak kaunter lain yang berpotensi dan sedang menuju ke arah all time high.
Jangan lupa, sewaktu pergerakan sesuatu sektor, kaunter-kaunter leader akan bergerak terlebih dahulu dan akan diikuti oleh laggard.
Sebagai contoh, Mi Technovation Berhad adalah salah sebuah syarikat teknologi yang terkemuka di negara kita. Berdasarkan laporan kewangan syarikat bagi suku kedua tahun 2020, syarikat ini mencatatkan pendapatan pada Q2 2020 sebanyak RM61,916,000 berbanding tahun Q1 2020 sebanyak RM35,243,000. Walaupun pendapatan RM35 juta ini adalah menurun berbanding dengan pendapatan Q4 2019 iaitu sebanyak RM68 juta. Ini bermakna syarikat MI bingkas bangun dan kembali ke landasan yang betul berdasarkan keuntungan semasa mereka.

Pemegang saham terbesar MI adalah CEO mereka sendiri iaitu dengan jumlah pegangan hampir 69%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan MI mempunyai kawalan yang besar terhadap operasi dan hala tuju syarikat dan berdasarkan analisis kita ini, MI merupakan antara syarikat yang berada di tahap terbaik. Sektor teknologi dilihat akan kekal relevan dan akan terus berkembang.

Sebagai pelabur yang mahu melabur dengan ilmu, kita perlu sentiasa perhatikan sentimen semasa semua sektor dan subsektor yang ada. Semoga dengan pemerhatian dan kefahaman ini, ia dapatmenentukan keuntungan kita semasa berdagang kelak.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)