fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PKS Melabur Dalam Bidang Teknologi Boleh Tambah Berbilion Ringgit Kepada KDNK

in Berita
A A
PKS Melabur Dalam Bidang Teknologi Boleh Tambah Berbilion Ringgit Kepada KDNK

Sumber Gambar : techsidetales

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi boleh menambah berbilion ringgit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2024, menurut satu kajian. 

Kajian Kematangan Digital Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Asia Pasifik 2020 dilakukan bersama syarikat teknologi Cisco dan syarikat risikan pasaran, International Data Corporation. 

Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata PKS Malaysia telah menunjukkan daya tahan dan telah memanfaatkan teknologi untuk beroperasi semasa pandemik COVID-19.

“Memandangkan Malaysia dapat mengatasi pandemik dan aktiviti perniagaan mula meningkat, transformasi digital PKS akan memainkan peranan penting dalam pemulihan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya pada taklimat media mengenai Kajian Kematangan Digital PKS Asia Pasifik Cisco secara maya hari ini.

Kajian itu melibatkan 1,424 responden dari 14 negara Asia Pasifik.

Hasil kajian itu menunjukkan PKS Malaysia yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi boleh menambah antara RM79 bilion dan RM99 bilion kepada KDNK menjelang 2024.

Katanya membeli atau menaik taraf perkakasan IT (18 peratus) merupakan keutamaan pelaburan teknologi yang utama kepada PKS Malaysia, diikuti membeli atau menaik taraf perisian IT (14 peratus) dan keselamatan siber (11 peratus).

Dalam kalangan responden, 86 peratus berkata mereka yakin pendigitalan akan membantu membangunkan daya tahan pada masa depan terhadap krisis seperti COVID-19.

“Keupayaan daya tahan, pantas dan transformasi digital PKS akan memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia selepas COVID-19,” menurut kajian itu.

Katanya PKS yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi menikmati faedah yang lebih tinggi dari segi pendapatan dan produktiviti berbanding mereka yang mempunyai pendekatan yang sederhana terhadap pendigitalan.

Pengarah Perniagaan Kecil dan Komersial ASEAN Cisco Raz Mohamad berkata PKS menyumbang lebih 85 peratus daripada jumlah penubuhan perniagaan dan menjadi penyumbang utama kepada pekerjaan sektor swasta di rantau ini.

“Walaupun PKS kini menghadapi cabaran terbesar dalam operasi mereka, mereka juga mempunyai peluang untuk mempercepatkan transformasi digital mereka.

“Teknologi bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan beberapa cabaran utama mereka dan memberi nafas baharu kepada operasi mereka, tetapi juga membantu mereka mengekalkan pertumbuhan jangka panjang,” katanya. 

Menurut kajian itu, sebanyak 64 peratus daripada PKS Malaysia merancang untuk melakukan transformasi digital untuk membawa produk dan perkhidmatan baharu dalam pasaran, peningkatan yang besar daripada 33 peratus pada tahun lepas.

“Ini merupakan perkembangan yang positif, berdasarkan PKS menyumbang 98.5 peratus daripada semua perniagaan, 66.2 peratus daripada jumlah pekerjaan negara dan menyumbang 38.3 peratus kepada keseluruhan KDNK, menjadikan mereka komponen penting kepada landskap perdagangan dan komersial Malaysia,” menurut kajian itu.

Selain itu, 59 peratus daripada responden menyedari bahawa persaingan sedang berubah dan mereka perlu seiring dengan trend tersebut, manakala 43 peratus berkata mereka melakukan transformasi berikutan permintaan daripada pelanggan.

Kajian itu turut menyatakan bahawa PKS sedang menghadapi cabaran dalam mengguna pakai strategi pendigitalan.

Menurut responden, kekurangan tenaga mahir dalam bidang teknologi merupakan cabaran terbesar yang mereka hadapi (21 peratus), diikuti kekurangan bajet dan komitmen daripada pengurusan (16 peratus).

PKS juga didapati kekurangan pelan tindakan transformasi digital yang tepat dan penting kepada mana-mana organisasi yang mahu memacu perubahan yang besar (12 peratus).

Ia menekankan bahawa hampir 70 peratus daripada PKS di Asia Pasifik mempercepatkan pendigitalan perniagaan mereka berikutan pandemik.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 month ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

3 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

3 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In