• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Lunas Bayaran Penuh Cukai Jualan Negeri Tahun 2019 Kepada Sarawak

in Berita
A A
Petronas Lunas Bayaran Penuh Cukai Jualan Negeri Tahun 2019 Kepada Sarawak

Sumber Gambar : Ministry of Finance

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUCHING, 17 Sept (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak telah menerima pembayaran penuh cukai jualan negeri (SST) sebanyak lima peratus produk petroleum negeri untuk 2019 daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata Petronas dan anak syarikatnya telah melunaskan bayaran penuh SST terhadap produk petroleum bagi 2019 yang dinilai oleh Pengawal Selia SST seiring dengan peruntukan Ordinan Cukai Jualan negeri Sarawak,1998.

Abang Johari berkata jumlah yang dibayar oleh Petronas dan anak syarikatnya adalah tanpa faedah dan penalti kerana Petronas telah mematuhi notis yang dikeluarkan kepadanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh menyampaikan cek bernilai RM2,956,671,407.36 kepadanya dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Abang Johari berkata SST untuk tahun ini akan dibayar setelah penilaian dibuat berdasarkan jumlah produk petroleum, iaitu minyak mentah, kondensat, urea dan gas petroleum cecair yang telah dijual.

“Pembayaran SST oleh Petronas dan anaksyarikatnya adalah hasil daripada penyelesaian dicapai antara Petronas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bermakna Petronas, selepas mencapai kesepakatan akan menarik balik rayuan semakan kehakimannya kepada Mahkamah Rayuan dan seterusnya mengiktiraf kuasa perlembagaan negara untuk mengenakan cukai. Kes kes sivil oleh kerajaan negeri terhadap Petronas juga ditarik balik.

“Setelah penyelesaian proses perundangan ini, Petronas dan anak syarikatnya telah mendaftar sebagai ‘individu yang perlu dikenakan cukai’ dan menyerahkan penyata mereka kepada Pengawal Selia SST,” katanya.

Pengawal Selia SST telah membuat penilaian cukai yang harus dibayar, Petronas dan anak syarikatnya diberi notis yang relevan berdasarkan Ordinan pada 10 September tahun ini.

“Kerajaan negeri juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Shell, Murphy Oil, Pertamina dan Sapura OMV yang sebelumnya telah mematuhi dan melunaskan cukai yang dikenakan kepada Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa cukai penjualan yang dikutip dari syarikat minyak lain berjumlah RM1.38 bilion.

Abang Johari berkata kerajaan negeri sekarang akan menumpukan perhatian terhadap perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencapai penyelesaian komersial mengenai perkara lain yang berkaitan dengan minyak dan gas yang ditemui dan dihasilkan di Sarawak.

Turut hadir dalam majlis itu iMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

11 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In