Fundamental Analisis (FA) merupakan salah satu cara dalam mengenal pasti potensi syarikat dengan menilai kedudukan ekonomi serta kewangan syarikat tersebut.
Pengkaji FA akan menilai harga saham syarikat dari pelbagai sudut seperti, prestasi makroekonomi Malaysia, situasi semasa dan persaingan dalam lingkungan industri yang sama, sokongan atau catalyst industri daripada pihak kerajaan termasuk juga kajian terhadap pengelolaan serta hala tuju syarikat daripada direktor atau CEO syarikat tersebut.
Cara kaji menggunakan FA bertentangan pengkaji Teknikal Analisis (TA) di mana ia mengkaji pergerakan harga saham menggunakan sejarah harga serta volume saham sesebuah syarikat.
Perkara utama yang membezakan pengkaji FA dengan TA adalah;
- Mengutamakan pencarian nilai sebenar sesebuah syarikat serta harga premium untuk diperdagangkan pada papan Bursa Malaysia.
- Mengenal pasti harga saham tersebut berada pada harga lebih mahal daripada sepatutnya atau diperdagangkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut.
- Menjana keuntungan sekiranya dapat mengenal pasti saham syarikat tersebut lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut atau menjual apabila dapat mengenal pasti kedudukan harga saham yang terlampau tinggi daripada harga sepatutnya.
- Pengkaji FA lebih cenderung untuk dikenali sebagai pelabur (investor) berbanding pengkaji TA lebih dikenali sebagai pedagang (trader).
Salah satu figura yang terkenal dalam dunia FA adalah Warren Buffett, yang menerajui syarikatnya Berkshire Hathaway yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai seorang value investor, dan kini memiliki nilai aset peribadi setinggi USD $82.4 bilion!

Secara asasnya, penilaian FA terikat kepada kuantiti dan kualiti sesebuah syarikat.
Kuantiti yang dimaksudkan disini adalah apa apa nombor yang diterbitkan oleh syarikat seperti Income Statement, Cash Flow Current Ratio, Debt Ratio dan juga prestasi laporan tahunan (YoY) atau laporan suku tahunan (QoQ). Data – data sebegini boleh didapati melalui laporan prestasi kewangan syarikat yang diumumkan melalui Bursa Announcement.

Kualiti pula merujuk kepada gabungan antara sentimen syarikat dan juga momentum pasaran semasa sewaktu penilaian syarikat saham. Antara data yang dicari adalah prestasi bahkan pemilihan orang orang terpenting syarikat, jenama atau produk yang diketengahkan dalam persaingan dunia perniagaan, polisi yang diamalkan syarikat tersebut serta sektor bermomentum tinggi.
Terkadang syarikat dengan penilaian rendah pun mampu menjana keuntungan yang tinggi sekiranya momentum pasaran semasa sedang tinggi. Sebagai contoh, K1 mampu membuat kenaikan setinggi 600% dari awal PKP apabila syarikat tersebut dikaitkan dengan sektor perubatan walaupun secara asas penilaian FA, syarikat tersebut masih lagi dalam keadaan rugi.


Daripada informasi yang terkumpul, para penggemar fundamental analisis cuba mengenal pasti harga saham tersebut berada pada harga lebih mahal atau diperdagangkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut.
Amat digalakkan kepada semua pelabur untuk memiliki asas fundamental analisis sewaktu menilai saham yang hendak beli dan jual kerana ianya penting untuk pegangan saham dalam jangka masa panjang.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
