Dunia dikejutkan dengan wabak penyakit yang meragut nyawa berjuta manusia seluruh dunia dan melumpuhkan ekonomi dunia. Wabak yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah diistiharkan sebagai pendemik dan telah mengakibatkan orang ramai terkesan dengan kehadirannya.
Selepas wabak ini diisytiharkan sebagai pandemik pada 12 Mac 2020 oleh Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO), perintah kawal pergerakan telah dilaksanakan di seluruh dunia dan ini telah memberi kesan yang sangat parah kepada perniagaan dalam sektor pelancongan, perhotelan, minyak & gas dan bermacam-macam lagi. Banyak perniagaan dalam sektor ini telah gulung tikar akibat daripada pandemik ini.
Namun, disebalik kesukaran ini, ada yang memperoleh keuntungan seperti perniagaan dalam sektor kesihatan. Kalau nak tahu, Malaysia merupakan pembekal sarung tangan getah terbesar dunia. Sektor-sektor kesihatan terutamanya pembuatan sarung tangan ini telah berjaya membuat keuntungan berlipat kali ganda. Harga saham-saham syarikat seperti Top Glove, Hartalega, Supermax naik dengan mendadak sekali sehingga ada antara mereka tersenarai dalam top 30 saham paling bernilai di Bursa Malaysia.
Namun, sektor pembuatan sarung tangan kelihatan semakin pudar sinarnya di Bursa Malaysia. Dijangkakan sektor famaseutikal terutamanya syarikat Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) dan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) pula akan mengambil alih pusingan seterusnya dengan desas-desus penghasilan vaksin Covid-19 yang sudah hampir ditemui.
Pemangkin Kepada Duapharma Dan Pharmaniaga
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-1.1.png)
Pada 14 Julai 2020, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menyatakan di dalam sidang media bahawa dua syarikat tempatan, iaitu Duopharma dan Pharmaniaga bakal mendapat kontrak untuk pembotolan vaksin Covid-19 ini apabila vaksin tersebut siap untuk diedarkan dunia. Malaysia akan membeli vaksin tersebut dari luar negara seperti dari Amerika Syarikat, China dan United Kingdom secara pukal untuk dibotolkan di dalam negara.
Beliau juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Melaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menggunakan kemudahan dua syarikat ini bagi mempercepatkan proses penyampaian vaksin Covid-19 ini kepada rakyat Malaysia.
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-2.png)
Kedua-dua syarikat tempatan ini juga telah menyatakan kebersediaan mereka untuk melaksakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka sebaik saja vaksin covid tersebut samoai di malaysia. Mereka juga telah melaburkan sebahagian besar pelaburan untuk membesarkan pelan pembotolan vaksin ini melancarkan proses pembotolan ini kelak.
Kenali Dua Gergasi Farmaseutikal Tempatan
Duopharma Biotech Bhd (DPHARMA) (7148)
Duopharma Biotech Bhd merupakan syarikat yang berkecimpung dalam sektor farmaseutikal di Malaysia. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 2000 dan pernah bergabung dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai CCM pada tahun 2007 sebelum mereka berpisah semula pada tahun 2019.
Kepakaran syarikat ini adalah dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran produk berkaitan farmaseutikal dan sudah mempunyai lebih daripada 300 ubat generik buatan mereka sendiri. Dpharma merupakan salah sebuah syarikat farmaseutikal yang terbesar di Malaysia. Terkini, harga saham Dpharma adalah bernilai RM3.14 sesaham.
Pemegang Utama Saham Duopharma
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-3-1024x316.png)
Setakat tarikh 25 Mac 2020, Permodalan Nasional Berhad merupakan pemegang saham terbesar syarikat ini dengan pegangan secara langsung sebanyak 46.4%. Pegangan saham syarikat terbesar secara tidak langsung pula merupakan Yayasan Pelaburan Bumiputra sebanyak 46.4% dan Kumpulan Wang Pesaraan Pekerja (KWSP) sebanyak 8.7%.
Penyata Kewangan Terkini Duopharma
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-4-1024x416.png)
Penyata kewangan Duopharma pada suku tahunan kedua menunjukan syarikat berjaya mengukuhkan kewangan syarikat mereka dengan peningkatan untung bersih sebanyak 9% berbanding suku tahunan sebelumnya dan 6% berbanding suku tahunan yang sama pada tahun 2019.
Pharmaniga Bhd (PHARMA) (7081)
Pharmaniaga merupakan kumpulan farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dan telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan singkatan nama PHARMA. Kepakaran syarikat ini adalah dalam membekalkan perkhidmatan logistik, pengedaran, pembuatan produk-produk kesihatan seperti ubatan generik dan alatan hospital.
Syarikat ini merupakan peneraju utama dalam sektor farmaseutikal tempatan dan mereka sedang berkempang pesat di Malaysia dan di luar negara. Syarikat ini berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Harga saham terkini syarikat ini adalah bernilai RM4.44 sesaham.
Pemegang Utama Saham Pharmaniaga
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-5-1024x446.png)
Terkini, pemilik utama syarikat Pharmaniaga ini adalah Boustead Holdings Bhd dengan nilai pegangan sebanyak 55.83% dan diikuti oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebanyak 11.18%, Tan Sri Dato Lodin Bin Wok Kamaruddin sebanyak 4.78% dan lain-lain lagi seperti Urusharta Jamaah Sdn Bhd (4.43%) dan Valuecap Sdn. Bhd(3.47%).
Penyata Kewangan Terkini Pharmaniaga
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-6.1-1-1024x421.png)
Pada penyata kewangan terkini syarikat, Pharmaniaga telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM9.9 juta untuk suku tahunan kedua tahun ini. Jika dibandingkan dengan keuntungan bersih pada suku tahun sebelumnya, Pharmaniaga mencatatkan kemerosotan keuntungan bersihsebanyak 55%. Namun, jika dibandingkan dengan suku tahunan yang sama pada tahun 2019, keuntungan bersih syarikat meningkat sebanyak 8%.
Pandangan secara fundamental tentang kedua-dua syarikat ini, kelihatan kewangan syarikat semakin stabil dan kukuh. Ditambah dengan berita tentang kontrak vaksin yang bakal diterima nanti, potensi kedua syarikat ini kelihatan sangat cerah dan terjamin berbanding kaunter yang lain untuk sektor yang sama. Kedua-dua syarikat ini juga mendapat skor yang tinggi untuk fundamentalnya daripada alpha indicator di Bursamarketplace atas faktor mempunyai keuntungan yang tinggi, paras hutang yang rendah dan nilai dividen yang semakin berkembang.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Duopharma
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-7-1024x384.png)
Daripada sudut pandang teknikal, carta kaunter Duopharma ini berada pada fasa mendatar pada awal tahun 2020 sehingga pertengahan bulan Mac 2020 di mana kaunter ini juga terkesan daripada penurunan indeks FBM KLCI akibat daripada pandemik Covid-19. Harga terendah kaunter ini adalah bernilai RM1.10 yang dicatatkan pada 17 Mac 2020.
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-8-1024x591.png)
Harga saham untuk kaunter ini terus mendatar selepas bulan Mac 2020 sehinggalah berita tentang syarikat ini bakal mendapat kontrak pembotolan vaksin Covid-19 diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 14 Julai 2020 tersebar.
Pada 15 Julai 2020, kaunter ini telah membuat Gap Up pada pembukaan pasaran dan meneruskan kenaikkan selang beberapa hari kemudian. Pergerakan harga ini adalah hasil daripada minat belian oleh pelabur yang terpengaruh dengan berita penemuan vaksin Covid-19 pada bulan Julai tersebut.
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-9-1024x388.png)
Kaunter ini telah mengalami kenaikan lebih daripada 200% daripada harga terendahnya tahun ini serendah RM1.10 kepada harga tertingginya selepas pasaran ditutup bernilai RM3.70 pada 25 Julai 2020.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Pharmaniaga
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-10-1024x392.png)
Sama seperti carta Duopahrma, carta kaunter Pharmaniaga ini juga berada pada fasa mendatar sebelum jatuh akibat kesan menurunkan Indeks FBMKLCI pada pertengahan bulan Mac 2020 akibat pandemik Covid-19. Harga terendah yang dicatatkan kaunter ini adalah94.5 sen sesaham.
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-11-1024x595.png)
Selepas daripada pengumuman tentang tawaran kontrak yang bakal diterima oleh Menteri Khairy Jamaluddin pada 14 Julai 2020, minat belian yang banyak pada 15 Julai 2020 telah menyebabkan kaunter ini melakukan Gap Up pada hari tersebut.
![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/09/Duopharma-Dan-Phamarniaga-Pic-12-1024x385.png)
Kuanter Pharmaniaga pula telah mengalami kenaikan harga lebih daripada 500% daripada harga terendahnya pada 94.5sen pada pertengahan bulan Mac 2020, kepada harga tertingginya setelah pasaran ditutup pada RM5.97.
Terkini, kedua kaunter ini sedang membuat fasa pembetulan harga dimana kedua-dua kaunter ini kelihatan membuat fasa penurunan. Penurunan harga kedua-dua kaunter ini adalah disebabkan keterujaan pelabur tentang berita vaksin Covid-19 semakin pudar.
Ditambah dengan pasaran Amerika Syarikat yang sedang mengharungi lautan merah, indeks FBM KLCI juga terjejas teruk kerana pelabur sudah mulai risau akan keadaan pasaran. Indeks FBM KLCI pada 9 September 2020 telah memecahkan garisan supportnya pada paras 1500 mata. Ini juga merupakan faktor kenapa harga-harga saham di pasaran kini sedang mengalami kejatuhan harga, termasuklah Duopharma dan Pharmaniaga.
Rumusan
Kupasan tentang dua kaunter ini adalah bertujuan untuk pelajaran semata-mata. Ini bukanlah buy call daripada sesiapa namun dua kaunter ini sangat relevan untuk anda kaji dengan lebih mendalam.
Walaupun berita tentang penemuan vaksin Covid-19 ini kelihatan seperti menjadi kenyataan, namun sehingga kini masih belum ada berita rasmi tentang penemuan vaksin.
Jika anda membeli kaunter Duopharma dan Pharmaniaga ini hanya bersandarkan berita tentang penemuan vaksin ini, apa akan jadi sekiranya vaksin Covid-19 ini gagal ditemui seperti vaksin untuk virus H1N1 yang berlaku pada tahun 1981? Adakah anda bersedia untuk menerima segala kemungkinan?