• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Sesi Tengah Hari, IK Naik 6.73 Mata

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Trend menaik di Bursa Malaysia berterusan sehingga berakhirnya sesi dagangan awal hari ini, dengan pengukuhan semula di kaunter Top Glove membantu menyumbang sebahagian besar keuntungan yang dicatatkan.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.73 mata kepada 1,519.80 daripada 1,513.07 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka rendah sebanyak 1.29 mata kepada 1,511,78 dan berlegar antara 1,503.43 dan 1,524.07 sepanjang sesi dagangan pagi.

Saham-saham untung mengatasi rugi dengan 549 berbalas 387 manakala 403 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 41 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.88 bilion unit bernilai RM2.39 bilion.

Prestasi pasaran juga adalah seiring dengan bursa serantau yang lain, sebahagiannya disokong oleh trend menaik pasaran minyak meskipun Wall Street mencatatkan penurunan.

Pasaran saham Amerika Syarikat terus tertekan oleh aktiviti jualan saham teknologi dengan Indeks Komposit Nasdaq menyusut 1.27 peratus kepada 10,910.3 mata.

Dow Jones ditutup 0.47 peratus lebih rendah pada 27,902.0 dan Indeks S&P 500 jatuh 0.84 peratus kepada 3,357.0 mata.

Di pasaran domestik, aktiviti membeli saham murah dalam sektor terpilih muncul selepas bursa mencatatkan kerugian semalam.

“Bagaimanapun, perolehan terhad kerana kerugian dalam sektor perbankan masih berterusan,” kata seorang penganalisis sambil menambah kaunter penjagaan kesihatan diniagakan dalam mod bercampur-campur.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove meningkat 19 sen kepada RM7.98, Hartalega 12 sen lebih kukuh pada RM14.22 dan TNB meningkat enam sen kepada RM11.10.

IHH meningkat tujuh sen kepada RM5.41 dan IOI 11 sen lebih baik kepada RM4.50.

Public Bank turun 22 sen kepada RM16.28 dan Sime Darby Plantation jatuh empat sen kepada RM5.09.

Saham-saham paling cergas pula, MCT naik dua sen kepada 21 sen sementara Kanger dan CME masing-masing menambah setengah sen kepada 30.5 sen dan 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 40.51 mata kepada 10,899.20 dan Indeks FBM Emas Shariah mengembang 74.25 mata kepada 12,863.78.

Indeks FBM 70 naik 15.45 mata kepada 14,004.77, Indeks FBMT 100 meningkat 38.54 mata kepada 10,716.16 dan FBM ACE melonjak 23.62 mata kepada 11,170.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kekal dalam zon merah, turun 20.48 mata kepada 12,714.37, Indeks Perladangan naik 83.94 mata kepada 7,181.64 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.95 mata kepada 136.86.

– BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In