• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Meningkat Semula

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka susut seketika namun meningkat semula selepas pelabur terus memburu kaunter-kaunter saham yang berharga rendah.

Pada 9.30 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.77 mata kepada 1,513.84 berbanding 1,513.07 pada Khamis.

Sewaktu dagangan dibuka, indeks petunjuk utama itu susut 1.29 mata kepada 1,511,78.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 314 berbanding 247 manakala 347 kaunter tidak berubah, 1,177 tidak diniagakan manakala 41 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.02 bilion unit bernilai RM715.82 juta.

Sementara itu, Malacca Securities berkata kehadiran semula ketidaktentuan yang dilihat semalam akan terus menjadikan pelabur berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung berkemungkinan mengehadkan kenaikan dalam masa terdekat.

FBM KLCI juga dilihat tidak berubah selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, membolehkan pelabur menerima reaksi pulangan awal selain meneliti semula keadaan pasaran semasa.

“Kami melihat saham-saham pengguna berada di landasan pemulihan apabila perbelanjaan pengguna semakin ketara sejak kebelakangan ini, terutamanya berkaitan perabot yang menyaksikan peningkatan permintaan apabila semakin ramai bekerja dari rumah.

“Selain itu, peningkatan semula harga minyak dan minyak sawit mentah dijangka menarik minat dagangan kaunter saham-saham berkaitan,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam pada itu, harga minyak juga meningkat, dipacu oleh hasil positif susulan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Ini berikutan OPEC dan sekutunya telah membayangkan bahawa mereka akan menjejaki negara-negara yang gagal mematuhi peraturan mengurangkan jumlah pengeluaran.

Dalam pada itu, saham-saham wajaran tinggi menyaksikan Top Glove pulih daripada tekanan pada Khamis apabila meningkat 18 sen kepada RM7.97, Hartalega menambah 20 sen kepada RM14.30 dan IOI naik lima sen kepada RM4.44.

Maybank sebaliknya kekal rendah apabila susut satu sen kepada RM7.36 manakala Axiata berkurangan dua sen kepada RM3.03.

Selain itu, CME untung satu sen kepada 12.5 sen, MCT naik dua sen kepada 21 sen, Kanger tidak berubah pada 30 sen dan Nexgram turun setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 3.5 mata kepada 10,862.19 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 26.69 mata kepada 12,816.22.

FBM 70 turun 24.60 mata kepada 13,964.72, Indeks FBMT 100 susut 0.62 mata kepada 10,677.00 dan FBM ACE naik 17.07 mata kepada 11,163.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kekal dalam wilayah negatif apabila susut 42.39 mata kepada 12,692.46, Indeks Perladangan sebaliknya naik 14.48 mata kepada 7,112.18 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.18 mata kepada 135.73.

— BERNAMA 

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In