• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Urus Niaga Lebih Rendah, Kerugian Kaunter Bank Terus Melebar

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) —  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dalam zon merah dengan kerugian membabitkan kaunter perbankan terus melebar, didahului oleh Public Bank dan Maybank.

Pada pukul 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 6.44 mata kepada 1,506.63 daripada 1,513.07 ketika ditutup pada petang Khamis.

Indeks utama dibuka 1.29 mata lebih rendah kepada 1,511,78 dan bergerak antara 1,503.43 dan 1,524.07 sepanjang sesi urus niaga.

Bagaimanapun, saham untung mengatasi rugi dengan 629 berbalas 441, manakala 400 kaunter tidak berubah, 615 tidak diniagakan dan 41 lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 6.87 bilion saham bernilai RM5.07 bilion daripada 7.53 bilion saham bernilai RM6.2 bilion pada Khamis.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pasaran melepaskan keuntungan awal yang disumbangkan kebanyakannya oleh kaunter perladangan.

“Para pelabur kemungkinan mengambil keuntungan dalam sektor perbankan selepas trend menaik baru-baru ini dan mengalihkan minat mereka kepada kaunter perladangan.

“Kaunter perbankan melonjak baru-baru ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 1.75 peratus dan juga dengan berakhirnya tempoh moratorium tidak lama lagi,” kata beliau kepada Bernama.

Berdasarkan sektoral, Indeks Perladangan Bursa Malaysia mengaut keuntungan paling banyak iaitu 0.7 peratus hari ini, dirangsang oleh kenaikan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah yang meningkat melepasi RM3,000 satu tan seiring dengan harga minyak mentah yang tinggi.

“Antara yang mendapat manfaat daripada peningkatan harga minyak mentah ialah Petronas Dagangan yang mengakhiri urus niaga 4.1 peratus lebih tinggi hari ini,” kata beliau.

Minyak mentah Brent mengukuh 0.07 peratus kepada AS$43.33 satu tan dengan pasaran memberi maklum balas baik kepada hasil pertemuan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

OPEC dan rakan sekutu menyatakan mereka akan bertindak ke atas negara yang gagal mematuhi pengurangan pengeluaran.

Secara keseluruhan, 17 daripada 30 komponen indeks FBM KLCI berada dalam zon merah.

Bagi saham berwajaran tinggi, Public Bank turun 56 sen kepada RM15.94, Maybank susut 16 sen kepada RM7.21, sementara TNB dan Hong Leong Bank masing-masing menyusut 14 sen kepada RM10.90 dan RM14.76.

Sime Darby Plantation merosot 10 sen kepada RM5.03 dan Digi turun tujuh sen kepada RM4.08.

Sebaliknya, Top Glove kekal tinggi, meningkat 19 sen kepada RM7.98 ketika ditutup,  Axiata meningkat 10 sen kepada RM3.15 dan Petronas Dagangan melonjak 84 sen kepada RM21.16.

Sementara itu, MCT naik satu sen kepada 20 sen, Kanger tidak berubah pada 30 sen, Ablegroup menambah tiga sen kepada 17.5 sen dan CME tidak berubah pada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 21.07 mata kepada 10,837.62 dan Indeks FBM Emas Shariah lebih tinggi sebanyak 47.54 mata kepada 12,837.07.

FBM 70 menambah 42.71 mata kepada 14,032.03, Indeks FBMT 100 turun 25.88 mata kepada 10,651.74 dan FBM ACE merosot 84.88 mata kepada 11,061.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 165.50 mata kepada 12,569.35, Indeks Perladangan meningkat 54.25 mata kepada 7,151.95 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.79 mata satu mata menjadi 136.70.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 4.15 bilion saham bernilai RM4.06 bilion berbanding 4.49 bilion saham bernilai RM4.83 bilion pada hari Khamis.

Jumlah dagangan waran melemah kepada 726.19 juta unit bernilai RM178.63 juta daripada 971.81 juta unit bernilai RM299.81 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.98 bilion saham bernilai RM827.64 juta berbanding 2.06 bilion saham bernilai RM1.08 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 705.66 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.08 bilion), pembinaan (298.92 juta), teknologi (159.39 juta), SPAC (sifarl), perkhidmatan kewangan (71.51 juta), harta tanah ( 518,16 juta), perladangan (541,73 juta), REIT (16.52 juta), dana tertutup (8,400), tenaga (449.28 juta), penjagaan kesihatan (176.37 juta), telekomunikasi dan media (52.63 juta), pengangkutan dan logistik (57.15 juta) , dan utiliti (31.67 juta).

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In