• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Dufu (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Dufu  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Dufu Technology Corporation Bhd (KLSE: 7233) (Dufu) merupakan syarikat yang menjana pendapatannya daripada penghasilan dan perdagangan die components, precision machining, computer peripherals and parts bagi Hard Disk Driveoptics (HDD), magnetism driver, komponen medikal dan disk drive komputer bermutu tinggi yang berpangkalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada tarikh 29 Ogos 2020, nilai pasaran syarikat ini adalah sebanyak RM1.8 bilion, merupakan satu peningkatan yang sangat baik jika dibandingkan dengan nilai pasarannya 10 tahun lepas. Di sini, kami akan merumuskan secara terperinci tentang laporan kewangan dan penilaian saham syarikat yang terkini.

Jom kita lihat 9 perkara yang kita perlu tahu sebelum nak melabur dalam saham Dufu.

1. Perolehan

Dufu telah mencatatkan penambahan perolehan daripada RM104.20 juta pada tahun 2013 kepada RM249.12 juta pada tahun 2019. Ini berpunca daripada peningkatan jualan produk kepada pelanggan utamanya di Thailand.

2. Keuntungan Bersih

Dufu telah merekodkan kerugian bersih sejak daripada tahun 2011 sehingga 2013. Pada tahun 2014, Dufu mula merekodkan peningkatan daripada segi keuntungan bersih daripada RM6.26 juta kepada RM44.52 juta pada tahun 2019. Keuntungan adalah hasil daripada peningkatan jualan produknya ke Thailand dalam tempoh tersebut. Daripada tempoh tahun 2016 sehingga tahun 2019, Dufu telah mencapai purata Return on Equity (ROE) berjumlah 22.47% setahun, satu peningkatan nilai ROE yang negatif sejak tahun 2011 ke tahun 2013.

3. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2010 sehingga 2019, Dufu telah menjana aliran tunai operasi berjumlah RM210.96 juta. Daripada jumlah tersebut, ia telah membelanjakan:

a. RM109.40 juta untuk Capital Expenditures (Capex) bersih

b. RM12.07 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang bersih

c. RM34.02 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Pada masa tersebut, Dufu telah meningkatkan jumlah baki tunainya daripada RM6.19 juta pada tahun 2010 kepada RM43.68 juta pada tahun 2019.

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada suku tahunan kedua 2020, Dufu telah merekodkan RM11.19 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM225.65 juta dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, Dufu mempunyai nisbah hutang sebanyak 4.96%. Pada masa tersebut, syarikat ini telah mencatatkan jumlah aset semasa berjumlah RM 214.31 juta dan RM 61.11 untuk liabiliti semasa. Maka, ia mempunyai nisbah semasa berjumlah 3.51.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Dufu telah merekodkan RM282.81 juta dalam perolehan dan RM53.93 juta dalam keuntungan bersih dalam tempoh masa 12 bulan terkini. Pada 5 Ogos 2020, Dufu telah mengeluar 266.32 juta bonus saham sekaligus menambahkan jumlah sahamnya sebanyak 534.92 juta unit. Dufu telah mencatatkan 10.1 sen di dalam Earnings Per Share (EPS) dalam tempoh 12 bulan terkini.

6. Siapa Pemilik Utama Dufu?

Setakat 28 Februari 2020, Li Hui Ta, Pengerusi Eksekutif syarikat Dufu merupakan salah seorang pemegang saham utama Dufu. Li Hui Ta memperolehi sebanyak 9.68% untuk saham langsung dan sebanyak 10.99% untuk saham tidak langsung daripada Perfect Full Yen Sdn Bhd.

7. P/E Ratio

Kini, harga saham Dufu ialah RM3.36 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 33.33 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 10.08 sen. Kalau kita membandingkan dengan P/E Ratio lepas (2015 – 2019), P/E Ratio terkini adalah tertinggi sejak 5 tahun yang lalu.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM3.36 / RM0.1008

= 33.33

8. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Dufu telah merekodkan sebanyak RM0.422 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio terkini adalah 7.96. Kalau kita bandingkan dengan data P/B Ratio Dufu lepas (2010 – 2019), nilai nisbah terkini merupakan nilai tertinggi sejak 10 tahun yang.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 3.36 / RM 0.422

= 7.96

9. Kadar Pembayaran Dividen

Dufu telah mula membayar dividen sejak tahun 2015.

Jika kita menyelaraskan jumlah dividen setiap saham (DPS) Dufu dengan jumlah saham terkininya sebanyak 534.92 juta unit, DPS dari Dufu meningkat daripada 1.00 sen pada tahun 2015 kepada 4.00 sen pada tahun 2019.

Kadar dividen terkini bagi Dufu ialah 1.19%. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividennya untuk tahun-tahun yang lepas (2015 – 2019),ini merupakan nilai yang terendah sejak 5 tahun yang lalu.

Kadar Pembayaran Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.04 / RM 3.36) x 100%

= 1.19%

Kesimpulan:

Secara kesimpulan, kami mendapati:

Maka, wajarkah kita melabur dalam saham Dufu pada harga RM3.42?

Di sini, kami nak bertanya kepada pembaca sekalian. Jika diberikan peluang untuk memilih di antara saham yang mempunyai P/E Ratio terkini setinggi 30-40 peratus, yang manakah yang anda akan pilih: 

a. Dufu Technology Corporation Bhd?

b. Alibaba Group Holding Ltd?

c. Alphabet Inc?

d. Facebook inc?

e. McDonald’s Corporation?

dan apakah sebab bagi pilihan anda?

Daripada jawapan anda ini, anda boleh membuat penilaian anda sendiri sebelum melabur wang hasil titik peluh anda ke dalam pasaran saham.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Share729ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In