KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Subsidiari Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd telah dilantik China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd sebagai subkontraktor bagi pembinaan dan penyiapan subgred serta kerja yang berkaitan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur bernilai RM29.79 juta.
Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata tempoh kontrak adalah selama 14.5 bulan, yang akan dimulakan pada 1 Mac 2021 dan dijadualkan siap menjelang 15 Mei 2022.
Kumpulan mahu membiayai kontrak tersebut melalui dana dalaman dan/atau pinjaman luar.
— BERNAMA