• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Top Glove Rancak Diniagakan Menjelang Pengumuman Keputusan Kewangan 2020

in Catalyst
A A
Aliran Meningkat Dijangka Untuk Kaunter Sarung Tangan

Sumber Gambar : Top Glove

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Saham Top Glove Corporation Bhd rancak diniagakan pada sesi awal dagangan pagi ini terutama menjelang pengumuman keputusan tahun kewangan 2020nya lewat hari ini.

Ia dibuka 35 sen lebih kukuh kepada RM8.78 berbanding RM8.43 ketika ditutup pada petang Selasa.

Pada pukul 10.31 pagi ini, saham syarikat mencatatkan harga RM8.55 dengan lebih 38 juta saham diniagakan,  menjadikannya antara kaunter paling cergas di Bursa Malaysia.

Pada pengumuman keputusan kewangan untuk suku ketiga 2020, syarikat pengeluar sarung tangan itu melahirkan keyakinan ia boleh mencapai satu lagi rekod tinggi bagi prestasi kewangan untuk suku keempat berakhir 31 Ogos, 2020.

Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu berkata momentum menaik akan berterusan melangkaui tahun 2020 kerana permintaan berterusan dunia untuk sarung tangan di celah-celah penularan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang.

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Lim Wee Chai berkata harga jualan purata (ASP) untuk sarung tangan getah dijangka meningkat 30 peratus pada suku keempat 2020.

Pada suku ketiga 2020, pesanan jualan syarikat melonjak sebanyak 180 peratus dan ASP meningkat 30 peratus, sekali gus menyaksikan keuntungan bersih syarikat melambung ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM347.90 juta berbanding RM74.67 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil pula melonjak 42 peratus kepada RM1.69 bilion daripada RM1.19 bilion sebelumnya manakala saham meningkat melebihi RM25 berikutan prospeknya yang kukuh.

Sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya, syarikat telah melaksanakan eksesais saham bonus dua untuk satu pada 3 Sept dengan sahamnya berlegar melepasi harga RM8 seunit.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In