• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion

in Catalyst
A A
Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion

Sumber Gambar : Mohd RASFAN / AFP

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd telah mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta sebagai ganjaran kepada 57,000 pemegang saham awamnya, berikutan prestasi luar biasa yang dicatatkan kumpulan bagi suku keempat berakhir 31 Ogos, 2020.

“Ini menjadikan dividen tahun kewangan 2020 mencecah kepada 11.8 sen sesaham membabitkan jumlah bayaran sebanyak kira-kira RM961.2 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah dividen 11.8 sen mewakili peningkatan sebanyak 9.3 sen atau 373 peratus daripada tahun kewangan 2019 — nisbah pembayaran keuntungan bersih sebanyak 51 peratus.

Keuntungan bersih Top Glove melonjak 417 peratus dari tahun ke tahun pada tahun kewangan 2020 kepada RM1.86 bilion, manakala hasil menokok kepada RM7.23 bilion daripada RM4.8 bilion yang dicatatkan semasa tahun kewangan 2019 selepas permintaan untuk sarung tangan getah bertambah di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Untuk suku keempat 2020, keuntungan bersih naik kepada RM1.29 bilion berbanding hanya RM74.16 juta pada suku keempat 2019, manakala pendapatan pula bertambah kepada RM3.1 bilion daripada RM1.18 bilion.

Menurut Top Glove, keputusan tahun kewangan 2020 mencerminkan “prestasi cemerlang dalam tahun yang tidak sama seperti sebelum ini, dengan jangkaan kenaikan dalam permintaan sarung dilihat berterusan,”, sambil menambah, kumpulan itu juga teruja bagi mewujudkan paras tertinggi baharu dalam tahun kewangan 2021.

— BERNAMA

Share636ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In