• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Daibochi Catat Pendapatan RM47.67 Juta Pada Tahun Kewangan 2020

in Catalyst
A A
Daibochi Catat Pendapatan RM47.67 Juta Pada Tahun Kewangan 2020

Sumber Gambar : Website Daibochi

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Pengeluar pembungkusan fleksibel, Daibochi Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM47.67 juta dengan perolehan sebanyak RM619.28 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2020.

Pasaran domestik menguasai RM343.05 juta atau 55.4 peratus daripada perolehan kumpulan, kata kumpulan itu, yang turut beroperasi di Myanmar dan Australia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia untuk mengumumkan prestasi suku tahunan kewangan terkini hari ini, Daibochi berkata syarikat memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM11.22 juta dan perolehan RM155.77 juta pada suku keempat tahun kewangan 2020.

Tiada angka perbandingan memandangkan syarikat telah mengubah tahun kewangan berakhir daripada 31 Dis kepada 31 Julai bertepatan dengan tahun kewangan akhir syarikat pegangannya, Scientex Bhd.

Daibochi berkata syarikat komited untuk meningkatkan liputan pelanggannya di seluruh Asia Tenggara dan Oceania dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia pembungkusan fleksibel  utama yang dipercayai bagi jenama domestik dan global.

“Kami akan terus melabur untuk mengembangkan kapasiti, keupayaan dan kecekapan pengeluaran dalam mempertingkatkan daya saing.

“Kami juga sedang bergerak pantas untuk mencari peluang mengembangkan sektor makanan, minuman dan barangan pengguna di rantau ini,” katanya. 

Syarikat itu menambah sebahagian daripada rancangan pengembangannya, ia telah memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM60 juta bagi pembelian 13 mesin baharu.

“Tujuh mesin digunakan pada tahun kewangan 2020, dan enam mesin lagi pada tahun kewangan 2021. Melalui mesin-mesin baharu ini, ia akan membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan sedia ada dan memperluas jangkauan pasaran syarikat.

“Kami juga telah memperuntukkan tambahan RM40 juta untuk membeli lapan lagi talian dengan empat talian dipersetujui pada tarikh laporan ini,” katanya.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In