fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Pada Sesi Tengah Hari, IK Jatuh 10.47 Mata

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Aktiviti jualan yang kian meningkat, terutamanya membabitkan kaunter perbankan menyaksikan Bursa Malaysia meneruskan kerugian dan berada dalam zon merah ketika mengakhiri sesi pagi ini.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama KLCI FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.47 mata kepada 1,520.81 daripada 1,531.28 ketika ditutup pada petang Selasa.

Ia bergerak antara 1,517.30 dan 1,541.14 sepanjang sesi pagi.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 532 berbalas 465 manakala 409 kaunter tidak berubah, 642 tidak diniagakan dan 20 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 4.33 bilion saham bernilai RM3 bilion.  

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd dalam notanya berkata indeks saham penanda aras Amerika Syarikat ditutup kebanyakannya rendah pada Rabu selepas Rizab Persekutuan AS menyatakan kemungkinan mengekalkan kadar faedah hampir sifar sekurang-kurangnya sehingga 2023 berdasarkan  kepada tinjauan inflasi dan pekerjaan di celah-celah penularan pandemik COVID-19.

Purata Perindustrian Dow Jones menambah 36.78 mata atau 0.1 peratus untuk ditutup kepada 28.032.38, sementara indeks S&P 500 susut 15.71 mata kepada 3,385.49 dan indeks Komposit Nasdaq jatuh 139.85 mata kepada 11.050.47.

Bursa Malaysia ditutup semalam sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia.

Di pasaran tempatan, saham berwajaran tinggi Public Bank turun 52 sen kepada RM16.18, Maybank jatuh 16 sen kepada RM7.34, PetChem susut 18 sen kepada RM5.69, CIMB lebih rendah empat sen kepada RM3.19 dan HLFG lemah enam sen kepada RM13.86.

Hartalega dan Top Glove kekal tinggi, masing-masing meningkat 70 sen dan 28 sen kepada RM14.80 dan RM8.71, di celah-celah prospek kukuh mereka.

Top Glove akan mengumumkan keputusan kewangan 2020 lewat hari ini.

Dalama kalangan saham paling cergas, Ekovest dan Technodex masing-masing menokok dua sen kepada 60 sen dan 18 sen sementara Bina Puri naik setengah sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 50.72 mata kepada 10,928.48 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 10.51 mata kepada 12,934.88.

FBM 70 meningkat 19.17 mata kepada 14,102.06, Indeks FBMT 100 turun 51.74 mata kepada 10,740.10 dan FBM ACE naik 60.31 mata kepada 11,438.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 178.31 mata kepada 12,648.09, Indeks Perladangan berkurangan 40.09 mata kepada 7,074.15 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.85 mata kepada 135.72.

– BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In