fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Global Oriental Bekerjasama Dengan Syarikat Korea Selatan Edar Produk Gelembung Nano

in Catalyst
A A
Global Oriental Bekerjasama Dengan Syarikat Korea Selatan Edar Produk Gelembung Nano

Sumber Gambar : GOB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Global Oriental Bhd, Global Nano Innovation Sdn Bhd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fawoo Nanotech Co Ltd (Fawoo) dari Korea Selatan untuk meninjau peluang perniagaan yang berpotensi.

Pengarah Eksekutif Global Oriental, Gan Vi King berkata, MoU itu membolehkan Global Nano dan Fawoo berunding secara eksklusif dan menetapkan syarat-syarat kerjasama bagi pengedaran dan pembuatan atau pembuatan (bersama) produk gelembung nano Fawoo berhubung dengan perjanjian yang akan dimeterai antara kedua-dua pihak.

“MoU itu diharap menjadi langkah pertama dalam usaha kumpulan Global Oriental dalam perniagaan perlindungan penjagaan kesihatan, yang mempunyai banyak potensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami melihat peluang berikutan rakyat Malaysia semakin mementingkan penjagaan kesihatan terutamanya semasa pandemik COVID-19.

“Teknologi ini akan membolehkan kami mewujudkan ruang yang selamat di kawasan awam dengan menggunakan air ozon gelembung nano di Malaysia dan Singapura. 

“Memandangkan ia berasaskan air, kami yakin ia akan menarik perhatian masyarakat yang lebih luas berikutan cecair pembasmi kuman yang ada pada masa ini kebanyakannya berasaskan alkohol,” kata Gan.

Beliau berkata air ozon gelembung nano, yang mempunyai pelbagai aplikasi daripada penjagaan kesihatan hingga pertanian, menyatukan kuasa pembersihan semula jadi air dengan ozon dan teknologi gelembung nano moden untuk menghasilkan pembersih dan pembasmi kuman semula jadi yang selamat dan berkesan.

Cadangan kerjasama itu merupakan sebahagian daripada pelan pengurusan untuk mengenal pasti sumber aliran pendapatan lain untuk kumpulan Global Oriental, katanya.

Fawoo terlibat dalam pembangunan dan penyediaan penjana gelembung nano yang inovatif. Ia turut mempunyai beberapa paten ke atas pengadun dan tiub yang menjadi teknologi utama untuk menghasilkan gelembung nano.

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

16 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

18 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

23 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In