• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Duopharma Biotech Akan Hasilkan Ubat Onkologi Kedua

in Catalyst
A A
Duopharma Biotech Akan Hasilkan Ubat Onkologi Kedua

Sumber Gambar : BFM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Firma farmaseutikal Duopharma Biotech Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Duopharma HAPI Sdn Bhd akan mengeluarkan ubat onkologi keduanya dalam masa terdekat ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata produk tersebut akan dihasilkan di kilang bahan Ramuan Farmaseutikal Beraktif Tinggi (HAPI) syarikat itu di Shah Alam, Selangor dalam usaha membantu menangani kekurangan alternatif berpatutan bagi merawat kanser.

Menurutnya, kilang HAPI itu serba lengkap untuk mengeluarkan pelbagai produk ubat-ubatan onkologi yang terbukti secara klinikal bagi rawatan banyak jenis kanser.

“Kilang tersebut juga dapat mengeluarkan pelbagai portfolio ubat-ubatan kanser bagi rawatan kanser payu dara, paru-paru, usus, serviks dan darah. Ini sekaligus menjadikannya kemudahan pengeluaran ubat-ubatan kanser yang pertama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini.

Kumpulan Duopharma Biotech juga menerapkan inovasi dan teknologi bagi membantu pesakit yang memerlukan terapi khusus dan bersasar yang boleh dihasilkan oleh kilang HAPI tersebut.

Selain itu, fasiliti berkenaan juga mampu mengeluarkan ubat-ubatan bagi merawat ketidakseimbangan hormon dan ubat kardiovaskular, sistem saraf pusat dan penyakit berkaitan otot.

Pada suku pertama tahun ini, Duopharma Biotech telah berjaya mengeluarkan serta mengkomersialkan produk pertamanya (letrozole) yang menjadi preskripsi dalam rawatan kanser payu dara.

Leonard Ariff berkata produk seterusnya oleh kilang HAPI juga merupakan ubat pertama dihasilkan di peringkat tempatan bagi merawat leukemia myeloid untuk dewasa dan kanak-kanak.

Menurutnya, ubat berkenaan akan dihasilkan secara tempatan dan disasarkan untuk dikomersialkan kelak.

Ubat yang dihasilkan di kilang HAPI itu yang ditawarkan pada harga berpatutan, akan membolehkan pesakit khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan akses rawatan berkaitan.

“Isu kemampuan dan akses (terhadap ubat-ubatan) itu ketara dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kewangan. Malah, terdapat bukti bahawa masalah kos rawatan penyakit kronik tidak hanya memberi bebanan kewangan tetapi turut menjejaskan pematuhan ubat-ubatan yang hanya memburukkan lagi kesihatan. 

“Matlamat kami membangunkan kilang HAPI di Malaysia adalah untuk menawarkan ubat-ubatan bagi mengatasi kekurangan alternatif selain memberi akses lebih saksama dan berpatutan membabitkan ubat-ubatan jenis preskripsi.

“Selain itu, kilang ini juga akan memberi (kelebihan) dari segi tahap kemampuan diri untuk Malaysia membabitkan ubat onkologi tertentu,” katanya.

Kilang HAPI itu juga mendapat pengesahan Amalan Pengilangan Baik oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA) yang memastikan pengeluaran dan kawalan kualiti secara konsisten serta menepati standard tertinggi.

Duopharma Biotech ketika ini turut terbabit dalam libat urus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal di serata dunia bagi membawa masuk teknologi tinggi dan membolehkan pemindahan teknologi yang dapat membantu penghasilan ubat-ubatan bernilai di peringkat tempatan.

Ini dijangka dapat memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai peneraju penggiat farmaseutikal di Malaysia serta membantunya muncul syarikat peneraju farmaseutikal di Asia Tenggara.

“Kami meningkatkan portfolio produk dengan tidak hanya menawarkan ubat-ubatan onkologi tetapi juga ubat psikotropik yang merupakan pasaran berkembang pesat di Malaysia.

 “Duopharma Biotech juga telah bertapak kukuh dalam sektor anti-psikotik dan bekerjasama dengan rakan untuk membawa masuk lebih banyak ubat psikotropik berikutan potensi pasarannya yang besar,” katanya.

— BERNAMA

Share278ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In