fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CGS-CIMB Kekalkan Saranan ‘Pegang’ Terhadap MISC

in Catalyst
A A
CGS-CIMB Kekalkan Saranan ‘Pegang’ Terhadap MISC

Sumber Gambar : MISC

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) –MISC Bhd (MISC) akan menumpukan kepada pelaksanaan projek setelah mendapat banyak kontrak tahun lepas dan lebih selektif dalam membida kerja baharu berikutan keperluan untuk menjimatkan modal ekuiti untuk projek yang sedang berjalan, menurut laporan CGS-CIMB Research.

Projek MISC yang sedang berjalan dan kontrak diperoleh baru-baru ini dengan perbelanjaan modal (Capex) berjumlah US$4 bilion termasuk surat hasrat daripada Petrobras untuk projek penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO Mero 3) selama 22.5 tahun, enam kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) bagi sewaan kepada Zhejiang Satellite Petrochemical dan dua kapal gas asli cecair (LNG) untuk sewaan kepada Diamond Gas.

Lain-lain adalah dua kapal LNG untuk carter kepada ExxonMobil, enam kontrak bagi kapal tangki untuk sewaan kepada Shell dan Petrobras di Brazil, dan dua kontrak pengangkut minyak mentah besar (VLCC) bagi sewaan kepada Total SA.

CGS-CIMB mengambil maklum bahawa Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MISC, Yee Yang Chien telah menyatakan dalam sesi libat urus dengan penganalisis bahawa MISC menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan perolehan kontraknya.

Laporan tersebut kebanyakannya memberi perhatian terhadap projek FPSO Mero 3 dan kesannya.

Pada projek FSPO Mero-3 itu, MISC berhasrat untuk mengekalkan jumlah kepentingan sebanyak 30-50 peratus, ia akan menjadi komitmen terbesar syarikat perkapalan antarabangsa itu kerana mengambil risiko terhadap pembinaan secara keseluruhan.

“MISC berkata ia akan menjualkan saham ekuiti dalam projek itu setelah pembinaan berkenaan siap dan aset tersebut akan digunakan di luar pesisir, mungkin selepas termeterai kontrak dengan Petrobras dan dimuktamadkan.

“Manfaat penjualan pada peringkat ini adalah MISC akan memperoleh pulangan kewangan yang kukuh daripada usahanya selama 40 bulan sepanjang tempoh pembinaan tersebut,” kata firma penyelidikan itu.

Setelah risiko pembinaan selesai dan Petrobras menyatakan persetujuannya, CGS-CIMB berkata risiko projek berkenaan akan berkurangan dengan ketara, membolehkan pemilik projek itu menjual sebahagian sahamnya pada keuntungan yang ketara.

“Bagaimanapun, kelemahan penjualan saham pada peringkat pengoperasian akhir adalah risiko dalam tempoh pembinaan tidak dikongsi dengan rakan niaga lain. Lebihan kos, penghantaran lewat, dan pembayaran ganti rugi pelanggaran kontrak, sekiranya ada, akan ditanggung sepenuhnya oleh MISC.

“Untuk projek kecil, ia mungkin tidak akan menjadi masalah, tetapi untuk projek Capex bernilai US$2 bilion seperti projek Mero-3, ia pasti akan memberi perbezaan kepada risiko kewangan MISC,” katanya.

Selepas mendapat banyak projek tahun lepas, ia berkata MISC berada dalam kedudukan untuk tidak menerima lagi, terutama peringkat paling penting projek FPSO Mero-3 dijangka akan berlaku pada tahun 2022. 

MISC kini memasuki tempoh penting dalam sejarahnya – ia mesti menyiapkan projek FPSO Mero-3 dengan sempurna kerana ia mengambil risiko tinggi dalam pembinaan tersebut, katanya.

Risiko kenaikan untuk MISC termasuk pemulihan dalam permintaan kapal tangki yang dapat menaikkan kadar pengangkutan. Risiko penurunan pula ialah cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan projek Mero-3 tersebut.

Firma penyelidikan itu telah menurunkan sasaran harga ‘sum of parts’ (SOP) MISC kepada RM7.57 daripada RM7.97, mengurangkan andaian kadar carter untuk FPSO Mero-3 dan pembinaan kapal tangki baharu yang sebahagiannya diimbangi oleh kemasukan penilaian Mero-3 menjadi SOP.

Ia mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap MISC.

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

18 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In