• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, IK Naik 6.45 Mata

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari ini selepas mengalami penyusutan awal, berikutan sokongan berterusan yang merentasi semua sektor khususnya kewangan dan penjagaan kesihatan.

Pada rehat tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 6.45 mata kepada 1,517.81 dengan Hartalega dan Maybank menjadi antara penyumbang utama kenaikan tersebut.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks utama mencatat angka lebih rendah pada 1,510.36 berbanding 1,511.36 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ia turut bergerak dalam jajaran 1,503.19 hingga 1,523.71 sepanjang sesiu dagangan pagi ini.

Di pasaran lebih meluas, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 600 berbanding 428 manakala 368 kaunter lain tidak berubah, 653 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 5.85 bilion saham bernilai RM3.42 bilion.

Seorang penganalisis menyifatkan aliran kenaikan itu seiringan dengan prestasi pasaran saham-saham Asia lain yang didorong oleh data ekonomi China.

Laporan hari ini menyebut angka penjualan runcit di China meningkat 0.5 peratus pada Ogos berbanding setahun lepas – satu bukti positif pertama bagi tahun ini manakala pengeluaran perindustriannya turut menokok 5.6 peratus bagi tempoh sama.

Beliau berkata, kalangan penggiat pasaran masih menunggu hasil meysuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) esok bagi mendapatkan petunjuk mengenai dasar monetari negara maju itu.

Selain itu, saham-sahan wajaran tinggi menyaksikan Hartalega melonjak RM1.08 kepada RM14.08 yang membabitkan rasa optimis berhubung penghasilan vaksin COVID-19.

Maybank untung lapan sen kepada RM7.36, Public Bank meningkat 14 sen pada RM16.18, KLK naik  48 sen kepada RM22.80, Dialog menambah sembilan sen kepada RM3.77 dan Sime Darby menokok tujuh sen kepada RM2.35.

Sebaliknya, Top Glove rugi 24 sen kepada RM8.34, TNB turun 14 sen kepada RM11.04 dan Petronas Gas susut 16 sen kepada RM16.52.

Indeks penjagaan kesihatan terus kekal dalam wilayah positif apabila kaunter farmaseutikal mencatat peningkatan juga susulan sentimen optimis terhadap penghasilan vaksin COVID-19.

Antara saham paling untung adalah Pharmaniaga dan Duopharma yang masing-masing naik 21 sen kepada RM4.70 dan RM3.31.

Supermax sebaliknya dalam wilayah negatif apabila rugi 66 sen kepada RM8.34, Rubberex turun 33 sen kepada RM5.30 dan Comfort Gloves susut 28 sen kepada RM4.09.

Saham paling aktif menyaksikan Parkson naik satu sen kepada 20 sen, Hiap Teck menokok 2.5 sen kepada 25 sen dan Bintai Kaiden untung 16 sen to 68 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 30.71 mata kepada 10,903.19 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 15.28 mata kepada 12,894.11.

Dalam pada itu, FBM 70 berkurangan 15.16 mata kepada 14,039.93, Indeks FBMT 100 naik 31.17 mata kepada 10,712.36 dan FBM ACE melonjak 221.16 mata kepada 11,280.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 94.21 mata kepada 12,656.02, Indeks Perladangan menambah 54.51 mata kepada 7,089.57 dan Indeks Perkhidmatan dan Produk Industri naik 0.48 mata kepada 137.12.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In