fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, Sept 15 (Bernama)  — Tindakan para pelabur untuk meraih keuntungan selepas kenaikan rancak semalam menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan pagi ini.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.57 mata kepada 1,506.79, diheret turun terutamanya oleh kaunter Top Glove, yang meningkat lebih daripada 10 peratus semalam.

Indeks utama dibuka 1.00 mata lebih rendah pada 1,510.36 berbanding 1,511.36 ketika ditutup petang semalam.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bagaimanapun positif dengan saham untung mengatasi rugi 289 berbalas 211 manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,247 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 631.88 juta saham bernilai RM481.19 juta. 

Menurut Malacca Securities, ia menjangkakan lebih banyak aktiviti pengambilan untung segera menjelang rehat pertengahan minggu urus niaga.

Bursa Malaysia akan ditutup esok sempena cuti sambutan Hari Malaysia dan urus niaga akan disambung semula pada Khamis.

“Kami terus memihak kepada sektor penjagaan kesihatan kerana pada ketika ini penilaian ke atasnya lebih menarik.

“Sementara itu, sektor pembinaan turut mengambil kesempatan dengan pemulihan pada keseluruhan pasaran memandangkan aliran kontrak akan lebih cepat dalam kita mendekati suku akhir tahun ini,” katanya.

Secara keseluruhan, Malacca Securities berkata pasaran kekal optimis dengan para pelabur terus berusaha mendapatkan keuntungan yang lebih banyak di pasaran-pasaran ekuiti.

“Dengan mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman di Wall Street, momentum positif akan terus melimpah ke bursa tempatan.

“Sementara itu, sentimen urus niaga yang rancak akan terus menyaksikan aktiviti berpilih dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 26 sen kepada RM8.32.

Dilaporkan pembekal peralatan pelindung diri (PPE) dari New Zealand telah menghentikan import sarung tangan pakai buang yang dikaitkan dengan Top Glove, berikutan kebimbangan mengenai buruh migran paksa.

Press Metal turun tujuh sen kepada RM5.15, MISC jatuh dua sen kepada RM7.60 dan PetChem merosot tiga sen kepada RM5.57.

Sebaliknya, Hartalega terus meningkat, naik 20 sen kepada RM13.20, Dialog menambah tiga sen kepada RM3.71 dan CIMB kukuh dua sen kepada RM3.17.

Secara keseluruhan, indeks penjagaan kesihatan berada dalam wilayah positif kerana kaunter farmaseutikal meningkat berikutan keyakinan terhadap vaksin COVID-19 meskipun terdapat banyak kaunter yang berkaitan dengan sarung tangan berada dalam kerugian.

Mendahului saham paling untung, Pharmaniaga dan Duopharma masing-masing meningkat 34 sen dan 29 sen kepada RM4.83 dan RM3.39.

Kaunter paling rugi pula, Supermax turun 42 sen kepada RM8.58, Rubberex susut 27 sen kepada RM5.36 dan Comfort Gloves jatuh 22 sen kepada RM4.15.

Sementara itu, bagi saham paling cergas, Ekovest merosot 1.5 sen kepada 59 sen, sementara Hiap Teck dan Technodex masing-masing meningkat dua sen kepada 24.5 sen dan 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 35.22 mata kepada 10,839.03 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih lemah sebanyak 52.59 mata kepada 12,826.24.

FBM 70 merosot 57.76 mata kepada 13,997.33, Indeks FBMT 100 menguncup 35.22 mata kepada 10,645.97 sementara FBM ACE naik 56.81 mata kepada 11,116.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.92 mata kepada 12,560,89, Indeks Perladangan meningkat 11.03 mata kepada 7,046,09  sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.29 mata kepada 136,35.

– BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In