Pharmaniaga Berhad (KLSE: 7081) (Pharmaniaga) mempunyai nilai pasaran semasa Berjumlah RM1.5 bilion dan merupakan syarikat farmaseutikal berintegrasi yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatan daripada aktiviti-aktiviti penghasilan, logistik, pengedaran, pemborongan, dan perdagangan pelbagai jenis produk farmaseutikal di Malaysia dan di Indonesia.
Di sini, kami akan merumuskan secara terperinci mengenai laporan kewangan dan penilaian saham syarikat yang terkini. Saham Pharmaniaga bernilai RM5.68 semasa artikel ini ditulis.
Jom kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Pharmaniaga:
1. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Pharmaniaga telah mencapai CAGR berjumlah 8.1% di dalam perolehan, meningkat sebanyak RM1.30 bilion dari tahun 2009 kepada RM2.82 bilion pada tahun 2019. Keuntungan bersih syarikat telah meningkat daripada RM30.4 juta pada tahun 2010 kepada RM93.8 juta pada tahun 2014.
Tetapi, sejak tahun 2015, keuntungan bersihnya telah merosot dan mencatatkan kerugian berjumlah RM 149.2 juta pada tahun 2019.


Kenapa Pharmaniaga mencatat kerugian pada tahun 2019?
Pada 2016, Pharmaniaga telah melabur sebanyak RM340 juta untuk membina PhIS bagi hospital dan klinik untuk kegunaan Ministry of Health (MOH). Syarikat ini menjangka Sistem PhiS mereka akan digunakan selama 10 tahun kerana konsesinya bersama MOH dijangka akan dilanjutkan selama 10 tahun lagi sehingga 2029.
Malangnya, pelanjutan konsesinya yang diberikan hanyalah selama 25 bulan dan akan berakhir pada 31 Disember 2021. Jadi, Pharmaniaga membuat keputusannya untuk mencatat RM 247 juta di dalam amortisation expense yang menyebabkan Pharmaniaga merekod kerugian RM 149.2 juta pada tahun 2019.
Jika kita mengabaikan transaksi tersebut, Pharmaniaga merekodkan RM130.6 juta untuk earnings before interest, tax, depreciation, and amortisation (EBITDA). Penurunan sebanyak RM53.3 daripada RM183.9 juta pada tahun 2015.

2. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Pharmaniaga telah mencatatkan perolehan dan kerugian bersih syarikat sebanyak RM 2.90 juta dan RM 145.7 juta dalam tempoh 12 bulan terkini. Kebanyakan daripada kerugian yang dicatatkan ini berpunca daripada amortisation expense untuk PhIS (Rujuk Nota 1) pada suku tahunan keempat 2019.
Maka, bagi tempoh 12 bulan terkini, Pharmaniaga telah merekodkan sebanyak 55.9 sen kerugian bagi sesaham di dalam shareholders’ loss per share (LPS).

3. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 30 Jun 2020, Pharmaniaga mencatatkan RM33.3 juta untuk liabiliti bukan semasa dan RM 358.0 juta di bagi ekuiti pemegang saham. Dengan ini, nisbah hutang untuk setiap ekuiti pemegang sahamnya adalah 9.31%.
Pada masa itu, ia mempunyai RM1.16 juta di dalam aset semasa dan RM1.40 juta di dalam liabiliti semasa menjadikan nisbah semasanya adalah 0.83.
4. Konsesi-Konsesi Utama
Pada November 2019, Pharmaniaga telah menerima satu surat rasmi daripada MOH untuk melanjutkan konsesi-konsesi tersebut:
a. Pembekalan produk perubatan ke MOH hingga 31 Disember 2021.
b. Pemberian servis logistik dan pengedaran ke MOH hingga 31 Disember 2024.
Kini, Pharmaniaga telah menerima sijil halal bagi lebih daripada 150 produk farmaseutikal yang dihasilkannya dan sedang menunggu pengeluaran sijil halal untuk lebih daripada 30 lagi produk farmaseutikalnya bagi tahun 2020.
5. Siapa Pemilik Utama Pharmaniaga?
Pada 29 Mei 2020, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merupakan pemegang saham utama Pharmaniaga dengan pegangan saham sebanyak 67.1% (11.1% pegangan langsung dan 55.9% pegangan secara tidak langsung daripada pemegangan sahamnya di dalam Boustead Holdings Bhd).
6. P/E Ratio
P/E Ratio bagi Pharmaniaga tidak boleh dihitungkan kerana syarikat ini merekodkan RM145.7 juta kerugian bersih pada 12 bulan terkini (Rujuk Nota 2).
7. P/B Ratio
Pada 30 Jun 2020, Pharmaniaga telah merekodkan sebanyak RM 1.37 untuk aset bersih sesaham. Jadi, dengan harga semasanya pada RM 5.68, P/B Ratio terkininya ialah 4.14, ini merupakan P/B ratio tertinggi sejak 10 tahun yang lepas.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 5.68 / RM 1.37
= 4.14

8. Kadar Pembayaran Dividen
Pada 2019, Pharmaniaga telah membayar 8.5 sen untuk Dividend Per Share (DPS). Nilai DPS ini merosot sejak 2015 dan nilai DPS terkini merupakan DPS terendah sejak tahun 2011.

Kadar dividend terkini bagi Pharmaniaga adalah 1.50% setahun, kadar pembayaran dividen terkini adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan kadar fixed deposit (FD) daripada bank-bank tempatan pada masa kini.
Kadar Pembayaran Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.085 / RM 5.68) x 100%
= 1.50%
9. Pergerakan Harga Saham vs Keputusan Kewangan Pharmaniaga
Di sini, kita boleh membandingkan pergerakan harga saham Pharmaniaga dengan prestasi kewangannya di dalam tempoh 10 tahun yang terkini.


Dengan dua rajah di atas, kita dapat melihat:
a. 2010-2014:
Kenaikan harga saham Pharmaniaga dari tahun 2010 ke tahun 2014 selaras dengan kenaikan keuntungan bersihnya pada masa tersebut.
b. 2015-2019:
Penurunan harga sahamnya dari tahun 2015 ke tahun 2019 juga selaras dengan penurunan keuntungan bersih pada masa tersebut.
Jadi, bagi Pharmaniaga:
Naik Keuntungan Bersih = Naiklah Harga Saham
Turun Keuntungan Bersih = Turunlah Harga Saham
Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:

Tetapi apa terjadi pada tahun 2020?
Harga saham Pharmaniaga telah melonjak daripada RM1.00 pada bulan Mac kepada RM6 lebih pada bulan Ogos 2020. Apa sebabnya? Wajarkah kita melabur ke dalam sahamnya?
Pertama, kami tak tahu mahu memberikan buy call kepada pelabur kerana kami tidak mengenali rakan pembaca sekalian daripada segi pelan pelaburan kamu dan cita-cita kewangan pembaca.
Kedua, mungkin pembaca semua telah membaca berita daripada media sosial bahawa ia mempunyai peralatan bagi proses pembotolkan vaksin COVID-19 di fasilitinya. Untuk berita tersebut, Pharmaniaga telah membuat pengumuman rasminya pada tarikh 26 Ogos 2020 bahawa syarikatnya masih belum mencapai kata sepakat dengan pihak kerajaan untuk pelaksanaan projek ini setakat ini.
Adakah kamu tertarik dengan Pharmaniaga dan berniat untuk membeli sahamnya atas berita ini?
Ketiga, jika anda tidak pasti, maksudnya anda tidak ada satu pelan pelaburan yang terperinci untuk melabur di dalam pasaran saham. Ini adalah satu dosa besar di kalangan pembeli saham dan ini akan mengakibatkan kerugian kepada ramai pelabur. Jika anda tidak pasti sama ada nak beli atau tidak, lebih baik anda membuat pelan pelaburan terlebih dahulu sebelum melaburkan wang ke dalam pasaran saham.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)