• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Frontken (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Frontken (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Frontken Corporation Bhd (KLSE: 0128) (Frontken) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang terlibat dalam aktiviti advanced precision cleaning dan surface treatment untuk TFT-LCD (Thin Film Transistor – Liquid Crystal Display) di Taiwan.

Selain daripada itu, syarikat ini juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan servis kepada pelanggannya di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Buat masa ini, nilai semasa Frontken adalah RM3.87 bilion.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber: TradingView

Di sini, kami akan merumuskan secara terperinci tentang laporan kewangannya dan membuat penilaian sahamnya secara objektif pada RM3.69, harga semasanya ketika artikel ini ditulis.

Jom kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Frontken.

1. Perolehan

Frontken telah mencatatkan peningkatan yang besar bagi perolehannya pada tahun 2014. Peningkatan perolehan ini adalah hasil daripada  peningkatan jualan daripada segmen minyak dan gas. Namun, sejak tahun 2014, perolehan daripada segmen ini telah merosot kerana industri ini terkena tempias daripada kejatuhan harga global minyak dan gas pada masa tersebut.  

Ini telah menyebabkan perolehan keseluruhan bagi Frontken menurun daripada RM309.8 juta pada tahun 2014 kepada RM 261.8 juta pada tahun 2016.

Chart
Chart

Sejak tahun 2016, perolehan Frontken telah meningkat dan berjaya merekodkan RM339.9 juta dalam perolehan pada tahun 2019. Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan jualan daripada urusniaga syarikat di Taiwan iaitu advanced precision cleaning & surface treatment bagi TFT-LCD pada masa tersebut.

Chart

Nota:

Pada tahun 2019, Frontken telah menjana perolehan keseluruhan sebanyak RM 103.7 juta (30.5%) daripada pelanggan utamanya. Pelanggan utamanya ini telah menyumbang kepada kenaikan perolehan keseluruhan terbesar untuk Frontken dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

Chart

2. Keuntungan Bersih

Frontken telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM4.0 juta pada tahun 2015 kepada RM 69.2 juta pada tahun 2019.

Peningkatan ini hasil sumbangan daripada segmen semikonduktor di Taiwan pada masa tersebut.

Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2010 ke tahun 2019, Frontken telah menjana aliran tunai operasi berjumlah RM459.0 juta. Daripada jumlah itu, syarikat telah membelanjakan sebanyak:

a. RM127.6 juta untuk Capital Expenditures (Capex) bersih.
 

b. RM103.5 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang bersih.

c. RM33.5 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Maka, syarikat ini telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM33.0 juta pada tahun 2010 kepada RM219.7 juta pada tahun 2019.

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada suku tahunan kedua 2020, Frontken telah merekodkan RM14.41 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM414.11 juta dalam ekuiti pemegang saham. Ini menjadikan hasil nisbah hutang adalah sebanyak 3.48%.

Pada masa tersebut, syarikat telah mencatatkan RM379.89 juta untuk aset semasa dan RM108.68 dalam liabiliti semasa. Menjadikan nisbah semasa syarikat sebanyak 3.50 pada masa kini.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Frontken telah mencatatkan perolehan dan keuntungan bersih sebanyak RM 348.4 juta dan RM 74.6 juta pada 12 bulan terkini. Ini menjadikan Earnings Per Share (EPS) syarikat berjumlah 7.12 sen.

6. Siapa Pemilik Utama Frontken?

Ng Wai Pin yang merupakan Pengerusi & CEO syarikat mempunyai sebanyak 28.5% pegangan saham, 0.7% secara langsung dan 27.8% secara tidak langsung melalui pegangan saham syarikat Dazzle Clean Ltd.

Ooi Keng Thye pula mempunyai 15.1% pegangan saham dalam syarikat tersebut dan merupakan pemegang saham kedua terbesar Frontken pada 29 April 2020.

7. P/E Ratio

Kini, harga saham Frontken adalah RM 3.69 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini Frontken adalah 51.83 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 7.12 sen.

Kalau kita membandingkan dengan P/E Ratio lepas (2015 – 2019), nilai P/E Ratio-nya terkini merupakan yang tertinggi dalam 5 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 3.69 / RM 0.0712

= 51.83

8. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Frontken telah mencatatkan sebanyak RM0.40 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio terkini adalah 9.23.

Jika kita membandingkan dengan P/B Ratio Frontken pada tahun-tahun yang lepas (2010-2019), nilai terkini adalah merupakan nilai tertinggi sejak 10 tahun yang lepas.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 3.69 / RM 0.40

= 9.23

9. Kadar Pembayaran Dividen

Frontken telah mula membayar dividen sejak tahun 2017. Frontken telah membayar sebanyak 2.50 sen di dalam Dividends Per Share (DPS).

Maka, kadar pembayaran dividen semasanya adalah sebanyak 0.68%, lebih kurang jika dibandingkan dengan kadar Fixed Deposit yang diberikan oleh bank-bank tempatan di Malaysia.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.025 / RM 3.69) x 100%

= 0.68%

Kesimpulan

Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham Frontken?

Di sini, kami ingin bertanya kepada rakan pembaca sekalian. Jika kami ada sebuah syarikat yang dapat menjana keuntungan bersih RM1 juta setiap tahun, sebagai pelabur, adakah anda berminat untuk menjadi pemegang saham di dalam syarikat kami pada harga RM51.83 juta?

Maksudnya, anda melabur RM51.83 juta untuk membeli syarikat kami yang hanya menjana keuntungan bersih RM1 juta sahaja dalam masa setahun? Apakah pulangan yang anda harapkan jika anda membuat pelaburan ini?

Jadi, tepuklah dada, tanyalah selera diri sendiri sebelum nak melabur ke dalam mana mana saham untuk tempoh jangka masa panjang.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share311ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In