fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kadar Pengangguran Diunjur Turun 4.5 Peratus Menjelang Akhir Tahun: UOB Malaysia

in Berita
A A
Kadar Pengangguran Diunjur Turun 4.5 Peratus Menjelang Akhir Tahun: UOB Malaysia

Sumber Gambar : Website Melaka Hari Ini

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Kadar pengangguran di Malaysia dijangka terus berkurangan kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun, demikian menurut United Overseas Bank (M) Bhd.

Ahli ekonomi kanannya Julia Goh berkata pasaran buruh Malaysia dilihat bertambah baik dengan kadar pengangguran turun untuk bulan kedua berturut-turut kepada 4.7 peratus pada Julai daripada 4.9 peratus pada Jun dan puncak 5.3 peratus pada Mei.

Beliau berkata jumlah tenaga kerja meningkat sebanyak 55,000 orang (bulan ke bulan) kepada 15.82 juta orang pada Julai berikutan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan termasuk aktiviti pelancongan, pendidikan, hiburan dan rekreasi.

“Kemasukan graduan baharu dan pekerja kembali untuk mencari pekerjaan kerana keadaan ekonomi terus pulih seharusnya menyaksikan kadar penyertaan tenaga tenaga yang lebih tinggi dalam bulan-bulan mendatang,” kata beliau dalam satu nota hari ini.

Beliau berkata kebanyakan sektor ekonomi mencatatkan peningkatan pengambilan pekerja pada Julai, didahului oleh sektor perkhidmatan terutamanya penginapan; makanan dan minuman; dan aktiviti pengangkutan dan penyimpanan.

“Peningkatan pekerjaan dalam sektor pembuatan diterajui oleh elektrik dan elektronik, berkaitan logam, percetakan, plastik, kenderaan bermotor dan produk getah.

“Meskipun petunjuk pasaran buruh baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan, kami menjangkakan halangan dalam bergerak ke hadapan ekoran beberapa langkah bantuan seperti Program subsidi upah dan moratorium enam bulan akan tamat akhir bulan ini,” kata beliau.

Bagaimanapun moratorium pinjaman dan bantuan bayaran balik selepas ini akan dilanjutkan secara bersasar kepada mereka yang terjejas oleh COVID-19.

“Ini akan membantu mempercepatkan peralihan daripada langkah-langkah bantuan sementara secara meluas dan mencegah satu lagi gelombang penutupan dan pemberhentian perniagaan,” kata Goh.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In